Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Rosmah: Najib diberi makan nasi, sayur, sup
Diterbitkan:  Nov 3, 2010 3:50 PM
Dikemaskini: 7:52 AM

Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor berkata, Datuk Seri Najib Tun Razak kini beransur pulih setelah dijangkiti cacar air.

"Alhamdulillah, beliau pulih agak cepat dan hari ini baru masuk hari ketiga, bekas-bekas cacar semua sudah kering,” katanya.

Memandangkan Najib masih berpantang, Perdana Menteri tidak dapat menikmati makanan kegemarannya selain hanya makan nasi, sayur dan sup, katanya.

"Ada orang menasihatkan supaya tidak memberi benda bergoreng dan kicap nanti habis kulit dia (Najib) gatal-gatal,” katanya ketika ditanya pemberita mengenai kesihatan Perdana Menteri selepas merasmikan ”Leadership Series Women and Leadership”, di Kuala Lumpur, hari ini.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS