Jais tahan 9 kariah surau Jubli Perak sebelum solat Jumaat
Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) hari ini menahan sembilan orang kariah surau Jubli Perak di Bandar Baru
Bangi atas alasan gagal mematuhi perintah pihak berkuasa supaya tidak beribadat di surau yang telah dirobohkan itu.
Menurut peguam yang mewakili ahli kariah surau tersebut, Mohd Shafie Ngah, penangkapan itu dibuat pada pukul 1.45 tengahari tadi sejurus selepas mereka bersurai untuk menunaikan solat fardu Jumaat di surau yang berhampiran.
Katanya, antara 10 hingga 15 orang kariah surau tersebut berkumpul di surau tersebut sambil menikmati juadah tengahari apabila sekumpulan pegawai penguatkuasa Jais meminta mereka mematuhi arahan supaya tidak cuba bersolat di situ.

"Bagaimanakan mereka hendak menunaikan solat Jumaat di situ kerana ianya memerlukan sekurang-kurangnya 40 orang dewasa (makmum) untuk membolehkan solat Jumaat diadakan," kata Mohd Shafie ketika dihubungi malaysiakini .
Imam turut ditangkap
Katanya, antara mereka yang ditahan termasuk imam surau berkenaan, Nasron Duki (
tengah
), yang sebelum ini pernah ditahan atas kesalahan mengimamkan solat di surau yang tidak lagi ditauliahkan sebagai rumah ibadat.
Mohd Shafie berkata insiden hari ini adalah sesuatu yang malang kerana ahli kariah surau yang ditangkap itu sudah bersiap sedia untuk meninggalkan surau.
Jelasnya, tindakan tersebut dilakukan oleh kira-kira 20 orang pegawai penguatkuasa Jais yang turut disertai oleh anggota polis.
"Sebahagian mereka telah dibawa ke balai polis Bandar Baru Bangi, manakala sebahagian lagi ke balai Kajang," kata Mohd Shafie.
Kesemua mereka yang ditangkap telah dilepaskan atas jamin mulut pada pukul 3.30 petang tadi.
Surau yang telah beroperasi sejak 12 tahun lalu, termasuk ditauliahkan oleh Sultan untuk digunakan bagi menunaikan solat Jumaat, telah dirobohkan pada 10 Feb lalu dalam satu operasi bersepadu yang diketuai oleh Jais.
Beberapa agensi lain seperti Majlis Perbandaran Kajang, polis, bomba, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Tenaga Nasional Berhad, Perbadanan Urus Air Selangor, turut terlibat dalam operasi merobohkan surau tersebut walaupun diprotes oleh penduduk tempatan.
Tadika Kemas
Sehubungan itu, segala peralatan surau termasuk al Quran, surah Yassin, permaidani, alat pembesar suara turut dirampas.
Tapak surau tersebut telah ditawarkan oleh PKNS, yang dipengerusikan oleh Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Khir Toyo, kepada Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) untuk dijadikan
tadika
.
Buat masa ini, kerja-kerja pembinaan tadika tersebut sedang berjalan dibekas tapak surau yang terletak di bawah blok 4, flat Jubli Perak.
Mohd Khir turut mendakwa surau tersebut yang dikatakan 'kubu kuat PAS" turut diresapi oleh "unsur-unsur militan".
Dua minggu lalu, seorang ahli jemaah surau ditangkap kerana dikatakan menghalang Jais dari menjalankan tugas.
Bagaimanapun, alasan awal Jais (yang bertindak atas keputusan Majlis Agama Islam Selangor) bagi penutupan surau tersebut ialah kerana ianya "berstatus sementara" dan mahukan penduduk disitu bersolat di Masjid Bandar Baru Bangi.
Sebaliknya penduduk menolak alasan itu kerana masjid tersebut terletak lima kilometer jauh dari flat yang didiami lebih 7,000 orang itu.
Jais akhirnya membuat keputusan yang bercanggah dengan alasannya merobohkan surau tersebut apabila memberi tauliah kepada surau Al Kausar yang terletak satu kilometer dari flat Jubli Perak bagi penduduk disitu menunaikan solat Jumaat.