Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Seorang ADUN BN dari MCA mencadangkan kepada kerajaan negeri Selangor supaya melancarkan satu sajian baru yang dinamakan anjing-kut-teh bagi membantu mengawal peningkatan anjing terbiar di negeri ini.

ADUN Sungai Pelek Yap Ee Wah berkata majlis perbandaran Sepang baru-baru mengupah dua kontraktor bagi menangkap anjing-anjing terbiar di kawasannya dengan jumlah hasil yang memeranjatkan.

dog mongrel stray dog “Dalam sebulan, kontraktor berkenaan berjaya tangkap 20,000 ekor anjing. Ini bermakna mereka tangkap purata 667 ekor anjing sehari. Terdapat terlalu banyak anjing di Selangor, jadi kita patut mulakan anjing-kut-teh,” guraunya ketika membahaskan bajet 2011 kerajaan negeri hari ini.

Menurut Yap, tindakan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor yang membayar RM70,000 untuk perkhidmatan menangkap anjing adalah suatu pembaziran dana rakyat.

Sebelum itu, Yap enggan mendedahkan majlis perbandaran mana yang ditugaskan untuk menangkap anjing tetapi diingatkan oleh speaker Teng Chang Khim bahawa adalah tanggungjawabnya membekalkan bukti ketika menimbulkan sesuatu dakawaan di dewan.

Yap juga membidas sasaran kerajaan negeri yang menjangkakan pendapatan hasil cukai hiburan akan meningkat dengan berkata tindakan itu akan meletakkan Selangor dalam kebingungan moral kerana ia akan menggalakkan aktiviti maksiat di negeri itu.

prostitution, desa mentari, police raid “Adakah kita menuju ke arah sebuah negeri di mana hiburan akan juga termasuk pelacuran? Minta maaf, saya tak boleh bersetuju dengan itu,” katanya.

Dalam pembentangan belanjawan negeri, Isnin lalu, Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata kerajaan Selangor menjangkakan pendapatan RM30 juta tahun ini dan juga pada 2011 melalui pendapatan cukai hiburan, peningkatan 23 peratus berbanding pendapatan RM21.5 juta pada 2009.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS