Satu kajian mengenai cadangan penggabungan syarikat-syarikat automotif nasional tempatan sudah hampir selesai, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed hari ini.

NONE "Cadangan ini (penggabungan Proton Holdings Bhd dan Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd merger) dibangkitkan oleh perdana menteri.

    

"Sejak beliau (Datuk Seri Najib Tun Razak) membuat kenyataan itu, kami memulakan satu kajian dan ia sudah hampir selesai. Tetapi ia belum dikemukakan secara rasmi kepada kerajaan," katanya di majlis pelancaran model terbaharu Proton Inspira, di Shah Alam hari ini.

    

Turut hadir ialah penasihat Proton Tun Dr Mahathir Mohamad, pengerusi Proton Datuk Seri Mohd Nadzmi Mohd Salleh dan Pengarah Urusannya Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir.

    

Ia adalah cadangan yang sangat penting memerlukan perbincangan dengan pelbagai pihak berkepentingan bagi memastikan janji-niaga yang adil, katanya.

"Kami masih belum ada sebarang keputusan lagi," katanya sambil menambah penggabungan itu harus menumpukan kepada kos dan produktiviti.

    

NONE Ditanya mengenai kerjasama antara Australian Federation of Automotive Parts Manufacturers (FAPM) dengan PVA dan Persatuan Pengeluar Alat-Alat Komponen Automotif Malaysia, Mustapa berkata peluangnya adalah besar.

    

"Pengeluar komponen Australia teruja untuk menjalin perkongsian dengan vendor Malaysia.

    

"Peluang besar dari segi perkongsian strategik termasuk kemungkinan melabur dalam syarikat Malaysia, dan menggunakan Malaysia sebagai pangkalan untuk menembusi pasaran Asean," kata Mustapa.

    

Mengenai Inspira, Mustapa berkata Proton menyokong Dasar Automotif Nasional dan pengeluar kereta nasional itu sedang bergerak ke arah hala tuju yang betul dengan kerjasama bersama Mitsubishi Motor Corporation dari Jepun.

    

NONE Sementara itu, Dr Mahathir berkata Proton mencatatkan kemajuan baik bukan hanya dalam mereka bentuk tetapi juga dalam bahagian teknikal dan teknologi.

Beliau yakin Inspira akan membawa keseronokan dari segi pengalaman memandu.

Mengenai perkongsian Proton-Mitsubishi, Dr Mahathir berkata: "Proton mempunyai peluang untuk bekerjasama dengan mana-mana syarikat tetapi kami memlilih Mitsubishi kerana kami selesa dengan mereka."

    

- Bernama