Hadi minta pemimpin Umno henti manipulasi isu SAR
Ketua pembangkang Datuk Seri Abdul Hadi Awang mahu pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) supaya menghentikan kenyataan yang memberi gambaran yang Majlis Raja-Raja telah merestui tindakan kerajaan menyekat bantuan perkapita kepada sekolah agama rakyat (SAR).
Tindakan pemimpin parti pemerintah memanipulasikan isu SAR tersebut sebagai suatu perbuatan membelakangi Majlis Raja-Raja yang mahukan kerajaan mengambilkira memorandum rakyat sebagai penyelesaian isu SAR, katanya dalam satu sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.
Oleh itu, katanya, PAS amat kesal dengan pembohongan fakta oleh Umno dengan memperalatkan media arus perdana yang bersekongkol dengan pemimpin pemimpin parti itu, dengan menggambarkan Majlis Raja-Raja bersetuju dengan tindakan kerajaan memberhentikan bantuan perkapita kepada SAR.

Berikutan itu, katanya, dakwaan sebarang pemimpin Umno yang menuduh pemimpin PAS mengingkari keputusan Majlis Raja-Raja itu, kini terjawab dengan sendirinya oleh penjelasan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Engku Ibrahim Engku Ngah (
kiri
) semalam bahawa majlis berkenaan belum membuat sebarang keputusan mengenai isu SAR.
Kenyataan itu menyebut keputusan mesyuarat Majlis Raja-Raja yang merestui cadangan penyelesaian yang akan diambil kerajaan berhubung isu SAR sebenarnya bermaksud bersetuju dengan tindakan kerajaan menyediakan cadangan penyelesaiannya dengan menubuhkan sebuah jawatankuasa khas.
Penjelasan
Menurut Engku Ibrahim, jawatankuasa khas itu yang dipengerusikan (bekas ketua pengarah pendidikan) Tan Sri Murad Mohamed Noor itu akan mengkaji di samping mesti mengambil kira semua memorandum yang telah dipersembahkan oleh semua pihak yang berkaitan kepada Raja-Raja.
Oleh itu, kenyataan itu menegaskan bahawa Majlis Raja-Raja masih belum membuat sebarang keputusan berhubung isu SAR.
Kenyataan yang dikeluarkan pada 13 Mac selepas mesyuarat ke-196 Majlis Raja-Raja, antara lain menyebut: "... Raja-Raja telah mengambil maklum mengenai isu-isu pendidikan Islam ini dan merestui cadangan penyelesaian yang akan diambil oleh kerajaan dengan mengambil kira memorandum-memorandum daripada semua pihak yang telahpun dipersembahkan kepada Raja-Raja."
Kenyataan pada 13 Mac itu juga menyebut bahawa Menteri Pendidikan (Tan Sri Musa Mohamad) telah menyembahkan taklimat khas sebelum Majlis Raja-Raja bermula, mengenai perkembangan terkini dan telah menyembah maklumkan bahawa kerajaan tidak berhasrat untuk menutup SAR selagi SAR berupaya berjalan dengan baik.
Tabung kemanusian Iraq
Bagaimanapun, kenyataan itu yang disiarkan di akhbar tidak dipercayai Abdul Hadi, yang juga pemangku presiden PAS, yang mahu merujuknya terus kepada Majlis Raja-Raja bagi mendapatkan gambaran sebenar.
Sementara itu, bercakap dalam sidang akhbar yang sama, Abdul Hadi yang juga presiden PAS, turut mengumumkan bahawa PAS telah melancarkan Tabung Bantuan Kemanusiaan Iraq bagi menyediakan bekalan keperluan seperti khemah, pakaian, makanan dan ubat-ubatan, serta sokongan logistik.
"PAS akan menghantar sukarelawan ke kawasan yang memerlukan bantuan kemanusiaan sekiranya perang meletus," katanya lagi.
Buat masa ini, katanya, PAS sedang mengumpulkan sukarelawan kemanusiaan dari kalangan rakyat Malaysia dan mereka akan diberikan taklimat dan latihan sebelum berlepas ke Iraq.
Katanya, semua sumbangan kewangan boleh disalurkan kepada Tabung Bantuan Iraq yang beralamat di pejabat Harakah, Jalan Pahang Barat, Off Jalan Pahang, 53000 Kuala Lumpur. Sumbangan melalui cek boleh dibuat atas nama Jabatan Penerangan PAS Pusat.
"Serangan ke atas Iraq oleh Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya mungkin tidak dapat dielakkan lagi. AS tidak lagi menghiraukan seruan dan rayuan antarabangsa yang meminta keamanan dan perdamaian," katanya.
Ahli parlimen Marang itu menganggarkan 30 orang akan menyertai misi bantuan itu sekiranya Iraq diserang.
"Sukarelawan PAS sedikit sebanyak mempunyai pengalaman ketika membantu pelarian perang Afghanistan tidak lama dahulu," katanya.

Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.