Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini  tampil untuk menenangkan para pengkritik perjalanan pemilihan pucuk pimpinan PKR, dengan memberi jaminan bahawa kebimbangan mereka akan diberi perhatian terperinci.

wan azizah interview 270308 03

"Kami telah mengadakan mesyuarat dan kami menyerahkan kepada Jawatankuasa Pilihanraya Pusat (JPP) untuk menangani aduan-aduan tersebut," katanya kepada pemberita di ibupejabat PKR di Petaling Jaya petang ini.

Katanya, ini semua merupakan salah tanggapan bahawa JPP tidak mengambil serius terhadap aduan-aduan tersebut.

Dr Wan Azizah berkata pihaknya menyedari bahawa 69 cabang telah membuat aduan berhubung perjalanan pemilihan "dan kami mengambil tindakan sewajarnya".

Beliau menjelaskan bahawa pihaknya kekurangan kakitangan sekretariat  dan oleh itu, tidak dapat menghantar surat kepada semua cabang berkenaan untuk memaklumkan bahawa aduan mereka sedang disiasat.

Beberapa pemimpin parti itu telah menggesa supaya pemilihan PKR ditangguhkan, termasuk calon timbalan presiden Mustaffa Kamil Ayub, calon ketua AMK Badrul Hisham Shaharin dan calon naib presiden Jonson Chong.

Sebelum itu, Badrul Hisham bersama pengerusi PKR Pahang, Datuk Fauzi Abdul Rahman menyerahkan enam resolusi dalam pertemuan Rapat Anak Muda Khamis lalu

[Baca berita penuh]