Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Zaid Ibrahim: Tiada siapa nak ambil saya lagi
Diterbitkan:  Nov 14, 2010 2:45 PM
Dikemaskini: 3:41 PM

Walaupun masalah Datuk Zaid Ibrahim dilihat bermula dengan wawancaranya dengan Mingguan Malaysia yang dipertikaikan, bekas pengerusi PKR Wilayah Persekutuan itu kembali ke akbar Umno itu dan terus mengkritik bosnya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menjawab perlbagai persoalan sekitar kesetiaan politiknya pada PKR dan Anwar, Zaid mengulas lebih banyak tentang kemungkinannya menubuhknya parti baru bagi meneruskan agenda perjuangannya.

NONE "Penubuhan parti baru ini akan memperjuangkan demokrasi tulen serta sebuah kerajaan yang telus dan terbuka. Jika saya menang satu dua kerusi pun alhamdulillah, saya sangat berterima kasih.

"Saya tidak ada sebuah pelan besar dalam politik," katanya sambil menjelaskan penubuhannya akan dibuat "secara kecil-kecilan".

'Konflik' Zaid ( kanan ) dan PKR dilihat sampai ke kemuncak apabila beliau mengundur diri bertanding jawatan timbalan presiden dan melepaskan semua jawatan dalam parti kerana tidak puas hati dengan perjalanan pemilihan anggota majlis pimpinan pusat.

Beliau juga mara setapak lagi dengan meminta Anwar dan naib presiden Azmin Ali - yang juga pesaing utamanya dalam jawatan itu - berundur daripada PKR.

Tak minat jaga siapa naik

Dalam wawancara eksklusif satu mukasurat penuh dengan Mingguan Malaysia - versi mingguan Utusan Malaysia - hari ini, Zaid juga berazam terus memacu perubahan dan transformasi tida kira sama ada dari pembangkang atau BN.

azlan "Kalau BN salah saya tentang dan kalau betul saya sokong. Dari dulu sampai sekarang saya ikut isu atau dasar.

"Saya tidak ada minat untuk jaga siapa yang bakal naik, perdana menteri atau ketua pembangkang. Siapa untung siapa rugi itu adalah nasib mereka," kata bekas menteri di era perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi itu.

Ditanya kenapa tidak menyertai PAS atau DAP saja daripada menubuhkan parti baru, Zaid menjawab:

"Imej saya dah macam ini tidak ada siapa yang nak ambil saya. Mereka akan kata Zaid ini pengacau."

Menurut Zaid lagi, beliau mahukan karier politiknya berakhir dengan parti politik yang menggambarkan idealismenya tidak kira sama ada ia berjaya atau pun tidak.

PAS patut terajui Pakatan

Menyentuh tentang Anwar, Zaid mendakwa ketua umum PKR itu "meletakkan badannya sendiri sebagai tidak boleh disentuh".

Manakala PKR pula disifatkan sebagai "hanya sebuah parti untuk Anwar dan kawan-kawannya".

husam musa pas interview 170507 Sementara itu, bukan sahaja Mingguan Malaysia, Zaid juga memberikan wawancaranya kepada akhbar arus perdana New Straits Times , juga disiarkan pada hari ini.

Bercakap kepada harian berbahasa Inggeris itu, beliau yang sebelum ini diberikan tugas sebagai penyelaras Pakatan Rakyat, membuat cadangan drastik supaya gabungan pembangkang diterajui pemimpin PAS.

Beliau menamakan exco kerajaan Kelantan Datuk Husam Musa dan empat anggota parlimen PAS - Dr Hatta Ramli (Kuala Krai), Dr Mujahid Yusuf Rawa (Parit Buntar), Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor) dan Khalid Samad (Shah Alam) sebagai calon-calonnya.

Bercakap soal PAS dan personalitinya secara umum, Zaid berkata parti Islam itu lebih tegas, menggambarkan keyakinan yang lebih dan dapat keluar daripada bayang-bayang Anwar.

ADS