PM, Yayasan Rahah sumbang 15 lembu korban
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Yayasan Rahah menyumbangkan sebanyak 15 ekor lembu kepada Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor sempena sambutan Hari Raya Aidiladha Rabu ini.
Majlis penyerahan itu disempurnakan oleh setiausaha politik Perdana Menteri, Datuk Shahlan Ismail di perkarangan surau IPK Selangor di Shah Alam hari ini kepada Ketua Jabatan Pengurusan, SAC Jamaluddin Abd Majid.
"Kesemua lembu untuk ibadah korban itu hasil sumbangan individu melalui Yayasan Rahah serta dari Datuk Seri Najib sebagai menghargai pengorbanan dan jasa pasukan polis yang menjaga keselamatan negara,” katanya kepada pemberita di Shah Alam hari ini.
Beliau berkata, lembu-lembu itu akan diagih-agihkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah di Selangor.
- Bernama

