mk-logo
Berita
RM2 juta bangun IKS: Azmin bidas kerajaan S'gor
Diterbitkan:  Nov 15, 2010 10:28 AM
Dikemaskini: 10:31 AM

Seorang anggota penyokong kerajaan negeri  berkata peruntukan berjumlah RM2 juta bagi  pembangunan usahawan industri kecil sederhana (IKS) di Selangor bagi 2011 adalah  amat kecil.

NONE Mohamed Azmin Ali (PKR-Bukit Antarabangsa) berkata IKS di Selangor  perlu dibangunkan kerana ia mampu menjana sumber pendapatan bagi Selangor.

Peranan IKS di dalam mengukuhkan kedudukan ekonomi sesebuah negara  telah terbukti sebagaimana di Korea Selatan dan Taiwan, katanya semasa  membahaskan Usul Anggaran Peruntukan Pembangunan 2011 di sidang Dewan  Undangan Negeri di Shah Alam hari ini.

Jika kerajaan negeri betul-betul serius untuk membangunkan IKS, beliau berkata peruntukan untuk membangunkan sektor itu perlu ditingkatkan,  katanya.

Azmin juga berkata takrifan IKS yang  diguna pakai oleh kerajaan negeri perlu diperluaskan daripada industri kampung  kepada industri maklumat dan perkhidmatan.

- Bernama

Lagi berita seperti ini :
Paling Popular
Terkini