Polis sudah memperoleh petunjuk berhubung kes pembunuhan seorang peguam di Ipoh, Selasa lalu dan yakin kes itu dapat diselesaikan dengan kadar segera, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.

NONE Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan penemuan itu.

"Kita memandang serius kes ini. Saya telah mengarahkan Datuk Seri Mohd Bakri Zinin (Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman) dan pegawai-pegawainya untuk menjalankan siasatan agar kes ini dapat segera diselesaikan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Manual SOP Siasatan, Portal CID Update dan Makmal Latihan di Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Kuala Lumpur hari ini.

Dalam kejadian 5 petang itu, seorang peguam G Balasundram, 57, yang baru turun dari kereta ditetak berkali-kali oleh dua lelaki bertopeng di luar rumahnya, di Taman Desa Rishah, Buntong, Ipoh, Perak.

Mangsa yang dikejarkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, meninggal dunia jam 9 malam hari yang sama.

G Balasundram, PSM lawyer murdered Balasundram dikatakan sebagai “peguam de facto” bagi Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang secara aktif banyak membantu parti itu dari segi perundangan.

Antara kes terakhir yang sempat dihadir beberapa hari lalu sebelum dibunuh ialah membuat , rayuan bagi pihak empat aktivis, termasuk seorang ahli PSM yang ditahan semasa membantah menuntut pemindahan sebuah kilang getah yang mencemar kampung baru di Kuala Kuang di Chemor, Perak.

Mendiang dikatakan seringkali mewakili kes golongan yang tertindas secara pro-bono dan mengetepikan kesnya sendiri.

 - Bernama