Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Pakatan Rakyat mesti membentuk parti campuran yang lebih meluas dengan parti-parti kecil lain jika ia merancang menawan Putrajaya pada pilihan raya umum akan datang.

Penasihat Parti Hak Asasi (HRP), N Ganesan berkata  jika tidak ia hanya akan membantu BN kekal berkuasa kerana Pakatan dikatakan belum bersedia sekiranya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membubarkan parlimen.

N Ganesan, HRP advisor June 4 Meskipun negeri-negeri yang dikuasai oleh Pakatan - Kedah, Kelantan, Pulau Pinang dan  Selangor - boleh memutuskan tarikh pilihan raya negeri masing-masing, Najib akan menggunakan kelebihan situasi itu untuk mengadakan pilihan raya yang serentak dengan pilihan raya Sarawak, katanya.

“Apabila ini berlaku, BN boleh menumbangkan Pakatan pada bila-bila masa kerana mereka kini pada kedudukan yang lemah serta tidak bersedia,” katanya di pejabat parti di Prai.

“Tetapi sebaliknya Pakatan pula berhasrat menumbangkan BN, ia mesti mempunyai campuran yang lebih meluas, ataupun tidak ia hanya akan memberikan kemenangan mudah kepada BN.”

Ganesan, mengulas kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, tempoh hari bahawa tarikh pilihan raya negeri akan ditentukan oleh dan bukannya lagi oleh BN.

Ganesan berkata untuk menawan Putrajaya, Pakatan mesti bekerjasam dengan parti-parti kecil seperti HRP dan yang lain di Sabah dan Sarawak kerana mereka juga akan mengemukakan calon.

NONE “Mereka tidak boleh berkata kami adalah pengacau. Apa yang kami minta dari mereka (Pakatan) adalah tunaikan keperluan kami dan mempertimbangkan polisi untuk hak minoriti kerana akhirnya ia akan memberi kesan kepada semua, bukan sahaja orang India atau Hindu sahaja.

“Kami amat prihatin dengan isu-isu seperti Islam semakin memasuki hak minoriti, ketidaksamaan dan tindakan membantu golongan miskin. Adakah awak rasa permintaan kami tidak munasabah?”


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS