Tumit bengkak: TPM batal lawatan ke Sarawak
Diterbitkan: Nov 23, 2010 4:09 PM | Dikemas kini: Nov 23, 2010 4:11 PM
Timbalan Perdana Menteri membatalkan lawatan dua harinya ke Sarawak mulai hari ini kerana mengalami bengkak di tumit.
Setiausaha akhbar beliau Datuk Ainon Mohd memberitahu Muhyiddin dinasihatkan oleh doktor supaya berehat.
"Oleh itu, YAB Tan Sri Haji Muhyiddin terpaksa membatalkan lawatan kerjanya ke Sarawak hari ini dan esok. Timbalan Perdana Menteri memohon maaf jika timbul sebarang kesuliatan," katanya dalam satu kenyataan.
Timbalan Perdana Menteri dijadual melawat Limbang dan Lawas hari ini dan esok untuk menghadiri beberapa program termasuk sesi bertemu rakyat.
Ainon berkata Muhyiddin akan kembali bertugas Khamis ini.
- Bernama

