Sebuah lagi tabung bantu rakyat Iraq dilancarkan
Sebuah lagi tabung kemanusiaan bagi membantu kanak-kanak Iraq yang menjadi mangsa perang di negara itu
akan dilancarkan oleh Jawatankuasa Tindakan Rakyat Malaysia Membantu Rakyat Iraq (Help Iraq) pada pada 30 Mac depan.
Langkah itu diambil berikutan serangan Amerika Syarikat dan sekutunya ke atas Iraq yang mengakibatkan kemusnahan harta dan nyawa rakyat negara itu.
Jawatankuasa itu dianggotai oleh Persatuan Ulama Kedah (PUK), Teras Pengupayaan Melayu (Teras) dan Hotel Seri Malaysia Alor Star.

Menurut pengerusi jawatankuasa itu, Mohd Azmi Abdul Hamid, majlis pelancaran tabung bagi membantu kanak-kanak Iraq itu akan berlangsung di hotel berkenaan jam 10 pagi.
Dermawan
"Para pemimpin akar umbi di Kedah, Pulau Pinang, termasuk para imam, ahli jawatankuasa keselamatan dan kemajuan kampung (JKKK), pemimpin masyarakat dan parti politik akan dijemput menghadiri majlis itu sebagai tanda sokongan mereka terhadap usaha murni itu," kata dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau yang juga pengerusi Teras, berkata, pihaknya mensasarkan kutipan sebanyak RM500,000 untuk tabung itu dalam tempoh dua bulan.
"Jawatankuasa ini juga akan menjalankan kempen antiperang dan kempen bantuan kepada rakyat Iraq, khususnya di kawasan utara bagi membantu kanak-kanak Iraq yang menjadi mangsa peperangan di negara itu.
"Kami berharap para dermawan yang berhasrat untuk memberi sumbangan, akan menghadiri majlis pelancaran tabung berkenaan," tambah Mohd Azmi.