Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dibenarkan beroperasi di Johor.
Malah, kata Pengerusi Pengerusi Jawatankuasa Hal-Ehwal Agama Islam Johor, Hamzah Ramli, kerajaan negeri sentiasa memberikan bantuan kepada SAR yang berdaftar di negeri itu.
Bernama
memetik beliau sebagai berkata, kerajaan Johor tidak mengharamkan mana-mana SAR yang mahu beroperasi di negeri ini asalkan mereka berdaftar secara sah dan mematuhi peraturan yang ditetapkan.Hamzah menjelaskan demikian dalam satu sidang media selepas menghadiri mesyuarat Exco kerajaan negeri yang dipengerusikan Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman di Johor Bahru hari ini.
