Musa Aman angkat sumpah Ketua Menteri Sabah ke-13
Pengerusi Perhubungan Umno Sabah, Datuk Musa Aman mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah ke-13 di hadapan Yang Dipertua Negeri Tun Ahmadshah Abdullah di Istana Negeri hari ini.
Musa, 52, yang
menggantikan
Datuk Chong Kah Kiat, turut menandatangani watikah pelantikannya itu di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ian Chin di majlis itu, yang dihadiri menteri kabinet, pembantu menteri, para pegawai kanan kerajaan dan negeri serta pemimpin parti komponen Barisan Nasional.
Bernama
melaporkan, Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi, Tan Sri Kasitah Gaddam dan Timbalan Menteri Perusahaan Utama Datuk Anifah Aman turut menghadiri majlis itu.Pengerusi Perhubungan Umno Sabah, Datuk Musa Aman mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah ke-13 di hadapan Yang Dipertua Negeri Tun Ahmadshah Abdullah di Istana Negeri hari ini.
Musa, 52, yang
menggantikan
Datuk Chong Kah Kiat, turut menandatangani watikah pelantikannya itu di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ian Chin di majlis itu, yang dihadiri menteri kabinet, pembantu menteri, para pegawai kanan kerajaan dan negeri serta pemimpin parti komponen Barisan Nasional.
Bernama
melaporkan, Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi, Tan Sri Kasitah Gaddam dan Timbalan Menteri Perusahaan Utama Datuk Anifah Aman turut menghadiri majlis itu.Musa yang dilahirkan pada 30 Mac 1951 di Beaufort, kira-kira 97 km ke selatan Kota Kinabalu, mendapat pendidikan awalnya di Sekolah Rendah Kerajaan Mempagar, Limbawang, Beaufort.
Beliau yang sebelum Menteri Kewangan Sabah, kemudiannya melanjutkan pelajaran ke Sekolah St Paul Beaufort, sebelum berpindah ke Maktab Sabah dan menamatkan pengajian menengahnya di Sekolah Menengah All Saints, Kota Kinabalu.
Sebaik sahaja menamatkan pengajian sekolah menengahnya, Musa yang membantu perniagaan keluarganya semasa cuti sekolah, telah menubuhkan Syarikat Musman Holdings Sdn Bhd.
Calon pilihanraya
Sebagai seorang yang gigih dan disiplin, beliau berjaya membangunkan Syarikat Musman sehingga ke tahap sebuah badan korporat yang meliputi pelbagai bidang perniagaan seperti perladangan, pembinaan, pembangunan hartanah, pengangkutan, insurans dan kewangan.
Karier politik Musa bermula pada awal 1989 apabila beliau menerima pelawaan Presiden Usno, Allahyarham Tun Datu Mustapha Datu Harun untuk menyertai parti itu dan dilantik memegang jawatan bendahari.
Dalam pilihanraya umum 1990, beliau dicalonkan bertanding di kawasan Dewan Undangan Negeri Sugut di Sandakan pada pilihan raya 1990 tetapi tewas.
Musa merupakan antara mereka yang memainkan peranan penting yang membawa yang membawa kepada penubuhan sayap Umno di Sabah.
Berikutan itu, beliau telah dilantik sebagai bendahari penaja Umno Sabah. Musa yang juga merupakan ketua Umno bahagian Libaran turut dilantik sebagai bendahari Barisan Nasional Sabah pada 1992.
Dalam pilihanraya tahun 1994, Musa berjaya memenangi kawasan DUN Sibuga di Sandakan.
Lulusan sarjana
Kerana kemahirannya dalam bidang perniagaan, Musa dilantik menerajui agensi-agensi penting kerajaan negeri, seperti pengerusi eksekutif Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (SEDCO), Pengarah Yayasan Sabah merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Innoprise Corporation Sdn Bhd dan Pengerusi Sabah Softwood Sdn Bhd.
Kejayaanya mempertahankan kerusi DUN Sibuga dalam pilihanraya tahun 1999, meluaskan lagi karier politiknya apabila dilantik sebagai Menteri Di Jabatan Ketua Menteri.
Beliau kemudiannya dilantik sebagai menteri kewangan pada tahun 2001, berikutan rombakan kabinet negeri pada tahun berkenaan.
Pada tahun yang sama, Musa turut dilantik sebagai pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri dan seterusnya menganggotai Majlis Tertinggi Umno.
Setelah berjaya dalam bidang politik dan perniagaan, beliau kemudiannya melanjutkan pengajiannya ke Edith Cowan University, Australia dan lulus pada tahun 2000 dengan memperolehi Ijazah Sarjana Pengurusan Perniagaan (MBA).
Musa mendirikan rumahtangga dengan Datin Faridah Tussin serta dikurniakan empat cahaya mata iaitu tiga lelaki dan seorang perempuan.

