Dua kumpulan pekerja Indonesia bergaduh
Dua kumpulan pekerja Indonesia bergaduh di sebuah tapak pasar malam di Pantai Tanjung Puteri di Melaka malam tadi.
Berikutan itu, polis menahan 30 pekerja warga Indonesia yang dipercayai terbabit dalam kejadian itu. Pergaduhan itu dipercayai membabitkan pekerja dari sebuah kilang di Bukti Rambai dan kilang tekstil di Pantai Puteri.
Bernama
melaporkan, tiga rakyat tempatan turut mengalami kecederaan, termasuk seorang yang dimasukkan ke Hospital Melaka ketika cuba meleraikan pergaduhan itu.Dua kumpulan pekerja Indonesia bergaduh di sebuah tapak pasar malam di Pantai Tanjung Puteri di Melaka malam tadi.
Berikutan itu, polis menahan 30 pekerja warga Indonesia yang dipercayai terbabit dalam kejadian itu. Pergaduhan itu dipercayai membabitkan pekerja dari sebuah kilang di Bukti Rambai dan kilang tekstil di Pantai Puteri.
Bernama
melaporkan, tiga rakyat tempatan turut mengalami kecederaan, termasuk seorang yang dimasukkan ke Hospital Melaka ketika cuba meleraikan pergaduhan itu.Ketua Polis Melaka SAC I Datuk Christopher Wan Soo Kee berkata pergaduhan itu bermula dari perhentian bas Jalan Tun Ali di Melaka kira-kira jam 8 malam, dipercayai kerana rasa tidak puas hati antara kedua-dua kumpulan pekerja terbabit.
Ketika itu ia hanya pertengkaran kecil sesama mereka, kata Wan kepada pemberita.
Menurutnya, pergaduhan besar tercetus kira-kira sejam kemudian selepas kumpulan yang menginap di asrama tekstil itu terserempak dengan kumpulan dari Bukit Rambai di pasar malam yang terletak di hadapan asrama mereka.
Pada mulanya, mereka membaling batu sesama mereka dan keadaan bertambah serius setelah kumpulan yang menginap di asrama itu mengeluarkan sebilah parang dan sebatang besi tajam.
Pasar malam
Berikutan itu, beberapa penduduk kampung, termasuk peniaga di pasar malam itu yang cuba meleraikan pergaduhan, telah dipukul.
]Dua daripada mereka dirawat sebagai pesakit luar manakala seorang lagi menerima rawatan di wad hospital Melaka kerana mengalami kecederaan di kepala.
Menurut Wan lagi, polis yang tiba di tempat kejadian setelah menerima panggilan orang awam telah menahan 30 pekerja di asrama itu manakala kumpulan dari Bukit Rambai itu sempat melarikan diri.
Mereka kini ditahan di lokap balai polis Melaka Tengah dan polis turut dirampas sebilah parang dan sebatang besi sepanjang 1.3 meter.
Siasatan awal mendapati, kedua-dua kumpulan pekerja Indonesia itu pernah terlibat dalam pergaduhan sesama mereka empat bulan lepas.
"Kami berterima kasih kepada penduduk tempatan di Pantai Puteri yang menghubungi segera polis dan bertindak awal meleraikan pergaduhan itu," katanya.
Asrama tekstil itu menempatkan lebih 1,000 pekerja asing dari Burma, Bangladesh, Vietnam termasuk 200 rakyat Indonesia.
Sebelum ini, dua kes rusuhan yang melibatkan pekerja Indonesia pada bulan Januari, 2002, telah mengakibatkan kerajaan membawa tindakan yang keras ke atas pekerja asing.

