Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Pengerusi Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (Gaps) Hamidzun Khairuddin berkata pertubuhan itu masih belum menetapkan waktu perhimpunan bagi menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara pada Ahad.

NONE Langkah itu bagi mengelakkan pertembungan di antara kumpulan Gaps dan satu lagi ku mpulan yang akan turut mengadakan demonstrasi di tempat berdekatan, kata Hamidzun.

Selain kumpulan Gaps yang akan mengenakan baju hitam dalam perhimpunan tersebut, satu lagi kumpulan bagi kempen Air untuk Rakyat yang berbaju merah turut mengadakan demonstrasi di tempat berdekatan pada masa yang sama, seperti dilaporkan sebelum ini.

"Ini bukan pertempuran, (tapi secara) persahabatan. Kita adalah masyarakat yang bertamadun di Malaysia," katanya yang masih belum menetapkan masa untuk perhimpunan berkenaan.

"Saya harap kalau mereka boleh buat pada sebelah pagi, kita buat pada sebelah petang. Kalau mereka buat lepas sembahyang Zohor mungkin kita buat lepas sembahyang Asar.

NONE "Yang penting, kita ingin menyampaikan hasrat ini tentang 30 perkara penyelewengan Kerajaan Negeri Selangor," katanya kepada media selepas menyerahkan satu memorandum kepada wakil Istana Selangor hari ini.

Hak berhimpun

"Kita bercadang untuk berkumpul di Masjid Jamek secara aman, mungkin selepas bersolat kita akan buat keputusan menyerahkan memorandum pada Yang di-Pertuan Agong," katanya.

Mengulas mengenai larangan keras oleh polis supaya tidak mengadakan perhimpunan pada hari itu, Hamidzun berkata hak untuk berhimpun termaktub dalam perlembagaan.

NONE "Hak untuk berkumpul itu ada, tapi pada masa yang sama kita akan menghormati undang-undang lain. Kita akan berhubung dengan pihak keselamatan dan polis.

Katanya lagi, Gaps juga tidak bercadang untuk mengadakan perarakan pada hari berkenaan.

"Yang penting memorandum harus disampaikan pada Yang di-Pertuan Agong. Saya yakin pada hari Ahad jumlah ahli yang hadir tiga kali ganda (berbanding jangkaan awal seramai 2,000 orang)," ujarnya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS