Zam dakwa laporan BBC tidak masuk akal
Timbalan Menteri Penerangan Datuk Zainudin Maidin hari ini membidas laporan yang disiarkan British Broadcasting Corporation ( BBC ) yang mendakwa rakyat Malaysia menyokong pencerobohan Amerika Syarikat dan sekutunya terhadap Iraq.
Katanya, laporan
BBC
, yang mewawancara beberapa penduduk sekitar bandaraya dengan seorang daripadanya mendakwa bahawa satu daripada setiap tiga rakyat Malaysia menyokong pencerobohan itu, adalah tidak benar dan merupakan sesuatu yang telah dirancang.
"Ini hanya bertujuan mengelirukan masyarakat umum. Lelaki ini juga mendakwa bahawa orang bukan Islam di negara ini yang menyokong gerakan anti-perang adalah kerana mereka takutkan orang Islam," katanya kepada pemberita di lobi Dewan Rakyat hari ini.

Bernama
melaporkan Zainudin sebagai berkata, adalah sesuatu yang tidak masuk akal bahawa orang bukan Islam takut kepada orang Islam di negara ini kerana umumnya rakyat Malaysia mahukan keamanan."Kita tidak anti-barat atau mana-mana negara, malah kita mempunyai hubungan membina dengan barat dan kewujudan bersama dengan barat, kita percaya kepada perdagangan bebas sejak dulu lagi, sehinggalah kita berjaya hari ini.
"Apa yang kita tentang (pencerobohan Amerika terhadap Iraq) adalah juga ditentang oleh dunia bebas. Masyarakat dunia berpecah dalam soal ini,"katanya.
Petikan berita RTM
Beliau berkata apa yang disiarkan oleh media barat mengenai pencerobohan di Iraq jelas menunjukkan ia mempunyai kepentingan untuk menyokong apa yang dilakukan oleh Amerika dan sekutunya pada masa ini.
Zainudin berkata ia juga menjelaskan bahawa kebebasan media yang diamalkan oleh barat khususnya di Amerika dan Britain tidak relevan kepada Malaysia.
Sebaliknya kata beliau, ia hanya sesuai untuk mereka yang mahu diperalatkan barat. Laporan Bernama tidak menyebut 'mereka' yang dimaksudkan oleh Zam.
Bagaimanapun berita yang disiarkan oleh sebuah stesen Radio RTM yang memetik Zam sebagai berkata 'ia hanya sesuai untuk mereka yang mahu diperalatkan oleh barat yang berunsur imperialisme seperti malaysiakini.
Menurut Zam lagi, ternyata tindakan kerajaan yang tidak memberi kebebasan sepenuhnya kepada media di negara ini adalah satu tindakan yang tepat kerana media di negara ini mempunyai tanggungjawab sosial bagi menjaga kestabilan dan keamanan negara.