Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini tampil menjelaskan kenyataannya sebelum ini bahawa masyarakat Cina dan India tidak ramai menyertai angkatan tentera kerana kurang "semangat patriotisme."

Ahmad Zahid bagaimanapun tidak memohon maaf berhubung kenyataannya itu ketika bangun membuat penjelasan di Dewan Rakyat hari ini.

NONE Katanya, beliau berasa kesal sekiranya jawapannya pada 9 November lalu di dalam Dewan telah menyinggung perasaan mana-mana kaum.

Tambahnya, ramai di kalangan pahlawan negara dari kalangan masyarakat Cina, India, Kadazan, Iban, Dayak dan Serani turut sama berjuang menentang penjajah dan pemberontakan komunis dan berkorban untuk negara.

Ahmad Zahid (BN-Bagan Datok) juga berkata beliau juga tidak berniat untuk mempertikaikan patriotisme di kalangan masyarakat bukan Bumiputera.

Jawapannya itu mengundang celahan daripada M Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat) yang menggesa menteri berkenaaan supaya membuat permohonan maaf namun gesaan itu tidak diendahkan oleh Zahid.

Kulasegaran sebelum ini memfailkan permohonan untuk memotong RM10 daripada gaji menteri tersebut atas kenyataan "tidak sensitif dan tidak berasas" itu.

[Baca berita asal]