Presiden PPP saran sekolah Tamil ditutup
penterjemahan Presiden parti Parti Progresif Rakyat (PPP) Datuk M Kayveas menyarankan supaya kerajaan menutup semua rendah jenis kebangsaan Tamil demi masa depan yang lebih baik bagi kanak-kanak keturunan India di Malaysia, demikian menurut satu laporan akhbar hari ini.
Katanya, langkah itu perlu bagi memperbaiki dan meningkatkan lagi taraf sosio-ekonomi masyarakat India yang sebahagian besarnya masih hidup kemiskinan.
Akhbar berbahasa Cina,
Sin Chew Daily
, memetik Kayveas sebagai berkata, ibubapa perlu menyedari bahawa anak-anak mereka memerlukan pendidikan yang sempurna di sekolah-sekolah yang boleh menggalakkan persaingan.
"Anak-anak boleh belajar di sekolah lain seperti sekolah kebangsaan (menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar) ataupun di sekolah rendah Cina. Kedua-dua anak saya kini belajar di sekolah jenis kebangsaan Cina," katanya kepada akhbar berkenaan.
For the rest of this story and more, subscribe for only RM150 a year. If you're already a subscriber, please sign in.
Sign in Subscribe now