Permohonan habeas corpus bekas sarjan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) N Tharmendran akan didengar oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 4 Januari ini.

NONE Peguamnya, N Surendran ( kiri ) berkata beliau telah mengemukakan afidavit sokongan yang ditandatangani oleh Tharmendran.

Tarikh baru itu bagi memberi masa yang mencukupi kepada kepada semua pihak responden, yang diwakili Penolong Penasihat Undang-undang daripada Kementerian Pertahanan, Mohamad Tarmizi Ahmad, untuk memfailkan afidavit balasan.

Penangguhan ini adalah kali kedua selepas pada 3 Disember lalu ditetapkan untuk pendengaran permohonan habeas corpus bekas sarjan itu di hadapan Hakim Datuk Su Geok Yiam. 

Berikutan perkembangan itu, Surendran berkata beliau terpaksa berundur daripada mewakili Tharmendran kerana dirinya mungkin akan dipanggil sebagai saksi kes berkenaan.

Perbicaraan permohonan habeas corpus itu sepatutnya dijadualkan hari ini ini sebelum ia ditunda.

Surendran sendiri menyaksikan anggota TUDM menangkap Tahrmendran pada 25 November lalu.

NONE Katanya, sekarang Amer Hamzah Arshad telah dilantik sebagai peguam baru kepada Tharmendran.

Dalam permohonannya, Tharmendran (kiri) tahanan semula oleh Provos Marshal di perkarangan kompleks mahkamah itu adalah “tanpa alasan, salah, tidak sah dan mala fide (niat jahat)”.

Beliau menamakan empat responden iaitu Leftenan Kolonel Mohd Razif Ramli; Komandan Pusat Tahanan Kem Batu Kentonmen; Panglima Tentera Udara Jeneral Tan Sri Datuk Sri Rodzali Daud; dan Menteri Pertahanan Malaysia.

Pada 6 Januari lalu, Tharmendran, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya terhadap pertuduhan bersubahat mencuri dua enjin pesawat F5 milik TUDM.

Dia didakwa bersubahat dengan Laskar Udara Mohamad Shukri Mohamad Yusop untuk melakukan kecurian dua enjin itu di Bangunan Material Processing Shed MATRA 1, Pangkalan Udara TUDM Sungai Besi di Kuala Lumpur.

[Baca berita penuh]