Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Rangkaian Hak Kartunis Antarabangsa (CRNI) mendesak perdana  menteri supaya melindungi kebebasan bersuara di negara ini dan menggugurkan sebarang tindakan untuk mengenakan dakwaan hasutan terhadap kartunis politik Zulkiflee SM Anwar.

cartoon-o-phobia zunar press conference in malaysiakini 1 Dalam satu kenyataan yang ditandatangani oleh 1,386 kartunis di seluruh dunia, CRNI mendesak Datuk Seri Najib Tun Razak berhenti mengganggu Zulkiflee, yang popular dengan nama Zunar, dan menarik balik sekatan terhadap penerbitannya.

"Demokrasi yang sihat tidak perlu takut dengan kritikan," kata pengarah eksekutif CRNI, Robert Russell dalam surat tersebut.

Zunar berdepan dengan masalah selepas penerbitan kompilasi ketiga  komik berjudul 'Cartoon-o-Phobia' yang menyentuh isu-isu seperti

pembunuhan Altantuya dan kes liwat kedua terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim - topik dikatakan menjadi tabu kepada mereka yang berkuasa.

Sejurus sebelum majlis pelancaran 'Cartoon-o-Phobia' pada 24 September, polis menyerbu pejabat Zunar dan menahannya selama dua hari.

Zunar sedang disiasat di bawah Akta Hasutan dan Akta Penerbitan dan Mesin Cetak - kedua-duanya membawa hukuman sehingga tiga tahun penjara.

Surat tersebut dijadual diserahkan ke Pejabat Perdana Menteri hari ini.

NONE Sementara itu, 'Cartoon-o-Phobia' memasuki pasaran antarabangsa apabila ia merupakan salah satu daripada 150 buku komik dari seluruh dunia yang dilelong dalam satu majlis makan malam di Washington baru-baru ini.

Gembira dengan sokongan masyarakat antarabangsa itu, Zunar berharap perdana menteri akan memberikan perhatian serius terhadap

surat CRNI itu.

[Baca berita penuh]

 

 

ADS