Demonstrasi anti-ISA di Hong Kong
Sekumpulan 60 orang dari kumpulan hak asasi manusia, pertubuhan pekerja asing, pelajar serta kumpulan belia, mengadakan demonstrasi di luar pejabat Kuasausaha Malaysia di daerah Wanchai, Hong Kong, semalam.
Mereka turut menyerahkan memorandum membantah penahanan berterusan ke atas aktivis reformasi Tian Chua, Mohd Ezam Mohd Nor, hishamuddin Rais, Lokman Noor, Saari Sungib dan Dr Badrlamin Bahrom, kepada Naib Konsul, RM Ibrahim.
Dalam kenyataan akhbarnya, Pertubuhan Pelajar Asia (ASA) berkata, demonstrasi tersebut turut disertai pegawai komunikasi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Asia (AHRC), Bruce van Voorhis dan ahli Parlimen Hong Kong, Lee Chuk Yan.

Menurutnya lagi, ini merupakan demonstrasi anti-ISA kali keempat diadakan di luar pejabat Kuasausaha Malaysia tersebut.
"Lee turut menggesa kerajaan Malaysia supaya menghapuskan ISA di samping menyuarakan kebimbangannya terhadap Artikel 12 di Hong Kong (bagi menyekat ancaman keselamatan), yang menurutnya juga boleh disalahgunakan. Beliau menyifatkan undang-undang itu sebagai satu ancaman terhadap hak asasi manusia," kata ASA lagi.
Seorang lagi aktivis, Lee Khai Loon dari ASA, menyifatkan hukuman tahanan dua tahun ke atas ISA 6 sebagai satu tempoh yang "memalukan" bagi Malaysia.
Logo anti-ISA
"Kerajaan tidak mempunyai sebab untuk menahan mereka. (Perdana Menteri Dr) Mahathir (Mohamad) beriya-iya menggesa Amerika Syarikat dan kerajaan sekutunya supaya berpegang kepada prinsip permuafakatan antarabangsa dan hak asasi manusia. Beliau juga mesti mengamalkannya di negaranya sendiri atau digelar sebagai seorang hipokrit," katanya.
Mereka yang memakai topeng berikutan wabak Sindrom Pernafasan Akut Yang Teruk (SARS) di kepulauan itu, tetapi disesuainya dengan demonstrasi yang diadakan itu, dengan melekatkannya dengan logo anti-ISA.
Mereka juga membawa sepanduk yang berbunyi "Bebaskan semua tahanan!, Hentikan penyeksaan!, Hapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri.
Pergerakkan anti-ISA turut mendapat perhatian Kumpulan Hak Asasi Manusia Antarabangsa, semalam.
Pertubuhan Hak Asasi Manusia Amnesty International (AI) yang beribupejabat di London telah mengisytiharkan tarikh 10 April sebagai "hari bersama naluri tahanan".
Militan
Menurut Gerakan Hapuskan ISA (GMI) pula, beberapa demonstrasi juga dirancang untuk diadakan di luar pejabat perwakilan Malaysia di Australia, Korea Selatan dan London.'
Sepuluh aktivis reformasi itu ditahan pada bulan April 2001 di bawah ISA kerana didakwa cuba mengguling kerajan secara militan.
Daripada jumlah 10 orang itu, dua orang dibebaskan sebelum tamat tempoh tahanan awal, manakala dua lagi berjaya mendapat perintah mahkamah supaya dibebaskan.
Enam lagi tahanan masih menjalani tahanan dua tahun yang akan berakhir Jun depan. Bagaimanapun, Oktober lalu, ketua Pemuda Keadilan, Mohd Ezam dijatuhkan hukuman dua tahun penjara selepas didapati bersalah di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.