Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Setiausaha agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Mansor hari ini mengumumkan pelantikan tiga pengerusi perhubungan Umno negeri.

Pelantikan itu melibatkan negeri Kedah yang kini diketuai bekas timbalan pengerusi perhubungannya Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah dan juga negeri Terengganu yang kini dipengerusikan menteri besarnya Datuk Seri Ahmad Said.

Ketua bahagian Umno bahagian Nibong Tebal NONE Datuk Zainal Abidin Osman pula kini dilantik mengetuai badan perhubungan Umno Pulau Pinang.

Pelantikan itu akan berkuatkuasa mulai 1 Januari 2011, kata Tengku Adnan dalam satu sidang media di ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur.

Tengku Adnan ( kanan ) turut mengumumkan empat timbalan pengerusi baru bagi tiga negeri berkenaan dan juga negeri Perlis.

Ia melibatkan Datuk Seri Shahidan Kassim (Perlis), Datuk Mukhriz Mahathir (Kedah), Yahya Khatib Mohamad (Terengganu) dan Senator Datuk Musa Sheikh Fadzir (Pulau Pinang).

Pulihkan sokongan pengundi

Tengku Adnan turut mengumkan bahawa presiden parti itu Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin masing-masing akan kekal mempengerusikan badan perhubungan Umno negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan.

NONE Jelasnya, langkah itu adalah bagi mengembalikan sokongan pengundi di negeri-negeri berkenaan.

Pelantikan pengerusi perhubungan baru di dua lagi negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat – Pulau Pinang dan Kedah – dibuat bagi membolehkan pengerusi terdahulu menumpukan tugas di peringkat biro pusat, kata Tengku Adnan lagi.

Perlantikan baru itu juga melibatkan badan perhubungan negeri Terengganu yang sebelum ini diketuai pengerusi biro latihan Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Sementara itu, ditanya sama ada pelantikan berkenaan akan menyelesaikan masalah di kalangan pemimpin parti di negeri berkenaan, Tengku Adnan berkata masalah seperti itu tidak wujud.

"Tak ada masalah, (media) yang kata ada masalah," katanya secara berseloroh.

Tambahnya, beliau juga yakin Shahidan akan dapat membantu parti itu di negeri Perlis sebagai timbalan pengerusi perhubungan.

Mukhriz tarik pengundi muda

Katanya lagi, pelantikan Mukhriz yang juga timbalan menteri perdagangan antarabangsa dan industri sebagai timbalan pengerusi Umno Kedah pula akan dapat menarik sokongan pengundi muda.

mukhriz mahathir and umno youth pemuda "Kita yakin dengan Datuk Mukhriz sebab dia ada pengaruh tertentu," katanya lagi.

Tambahnya, beliau akan mengutuskan surat kepada pengerusi perhubungan berkenaan supaya segera melantik setiausaha, ketua penerangan dan bendahari negeri.

"(Umno) akan beri input kepada mereka supaya lantik orang yang berkewibawaan yang boleh bekerja untuk parti," katanya.

Jawatankuasa perhubungan negeri berkenaan juga diharapkan akan dapat mengadakan mesyuarat setiap dua bulan sekali, katanya lagi.

ADS