Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Syed Shahir Syed Mohamud - yang akan mempertahankan jawatannya esok - menggariskan beberapa kejayaan kongres itu dalam mengangkat dan memartabatkan kaum pekerja dan kesatuan gabungannya.

NONE Dalam ucapan dasarnya di majlis perasmian persidangan perwakilan

tiga-tahunan MTUC di Petaling Jaya hari ini, beliau berkata, antara kejayaan yang dicapai itu ialah:

1. Wakil MTUC serta kesatuan gabungan telah mewakili pekerja dan kesatuan di Mahkamah Perusahaan, Mahkamah Buruh dan di Jabatan

Perhubungan Perusahaan yang mana mereka telah dibayar pampasan.

2. Wakil MTUC telah membuat representasi dalam Panel, Lembaga dan Jemaah Rayuan PERKESO dalam menentukan bayaran pampasan

selayaknya kepada ribuan pekerja.

3. Kita juga telah membantah cadangan penswastaan perkhidmatan air di Selangor, dengan hasil yang menggalakkan apabila Mahkamah Tinggi memutuskan penghakiman yang memihak kepada MTUC.

4. MUTC telah pada dasarnya memperolehi persetujuan kerajaan Negeri Sembilan dan kerajaan Perak untuk memberikan tanah bagi membina pusat latihannya.

NONE 5. MTUC telah memperolehi persetujuan pihak berkuasa untuk menamakan sebuah jalan di sekitar Petaling Jaya sempena nama bekas pemimpin ulung kesatuan itu, mendiang Dr V David.

6. MTUC telah menambah dua buah bangunan lagi - di Perak dan Pulau Pinang - sebagai kemudahan untuk operasi bahagian MTUC di kedua-dua negeri tersebut.

7. MTUC dengan kerjasama Universiti Malaya sedang menjalankan kajian bertauliah secara terperinci terhadap gaji minimum yang dapat

menyokong tunturan gaji minimum MTUC.

Di samping itu, kata Syed Shahir,  perjuangan lebih tiga dekad untuk menubuhkan kesatuan bagi pekerja dalam industri elektronik juga telah berhasil .

"Akhirnya kita telah mencapai persetujuan kerajaan untuk mendaftarkan kesatuan bagi pekerja industri ini. Sekarang telah didaftar Kesatuan Pekerja Dalam Industri Elektronik berdasarkan kepada wilayah - Utara, Barat, Selatan dan Timur.

"Beberapa kesatuan tersebut telah juga mengambil inisiatif untuk bergabung serta-merta dengan MTUC dan apa yang membanggakan kita mereka turut serta dalam persidangan kali ini," tambahnya.

NONE Cabaran sekarang, tegasnya, ialah merekrut sehingga 100,000 pekerja

syarikat elektronik untuk menyertai kesatuan tersebut.

Mengenai isu-isu semasa pula, Syed Shahir berkata, MUTC secara tegas telah membantah setiap kali pengumuman kenaikan harga barangan yang membebankan golongan berpendapatan rendah.

Katanya, kenaikan harga tersbut mengakibatkan gaji pekerja tidak mencukupi untuk membiayai kos hidup, menyebabkan taraf hidup mereka semakin merosot.

MUTC juga, katanya, telah membantah secara konsisten membantah pindaan ke atas pindaan Akta Perhubungan Perusahaan dan Akta Kesatuan Sekerja.

"Satu memorandum telah kita kemukakan kepada kerajaan menyatakan pendirian MTUC yang membantah akan pindaan tersebut," tambahnya.

Dalam masa yang sama, tegas Syed Shahir, MUTC terus memperhebatkan desakan terhadap kerajaan supaya segera melaksanakan dasar gaji minimum untuk pekerja di negara ini.

Menurutnya, MTUC menuntut supaya gaji minimum RM900 dan COLA RM300 kerana ia adalah pendapatan munasabah masakini untuk memenuhi kehidupan seorang pekerja di negara ini.

Pada pemilihan esok, Syed Shahir dicabar oleh Timbalannya Mohd Khalid Atan (Kesatuan Sekerja Industri Balak) dalam pertembungan satu lawan satu.

Persaingan bagi jawatan setiausaha agung pula menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Abdul Halim Mansor (Kesatuan Sekerja Petroleum dan Kimia), Abdullah Sani Abdul Hamid (Kelab Kesatuan Sekerja) dan J Solomon (Nube-Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank).

Seramai 37 calon lagi akan bersaing bagi merebut 15 jawatan dalam Kongres itu.

Sejumlah 546 perwakilan daripada 121 kesatuan layak untuk mengundi.