Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PKR Tenang: PAS tak taruh harapan tinggi menang
Diterbitkan:  Dec 30, 2010 6:08 PM
Dikemaskini: 10:17 AM

PAS Kelantan tidak menaruh harapan tinggi untuk memenangi pilihan raya kecil DUN Tenang, di Johor pada 30 Januari depan, kata Timbalan Pesuruhjaya PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Katanya, ini berdasarkan kawasan itu terletak dalam kubu kuat Umno dan isu-isu tempatan yang berkaitan dengan rancangan tanah Felda, lapor Bernama .

Bagaimanapun, katanya, PAS akan tetap memberi tentangan dan saingan hebat kepada parti penyandang walaupun mungkin menghadapi kekalahan pada pilihan raya itu.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri berkata, pilihan raya kecil itu tidaklah menjadi ukuran kepada BN untuk meramalkan parti tersebut akan mendapat sokongan rakyat pada pilihan raya umum ke-13 akan datang.

"Pilihan raya kecil hanya boleh dijadikan panduan untuk memperbaiki segala kelemahan parti bagi menghadapi pilihan raya yang lebih besar pada masa akan datang.

"Saya juga tidak yakin, pucuk pimpinan kerajaan pusat akan menjadikan keputusan pilihan raya itu sebagai titik tolak untuk mengadakan pilihan raya umum lebih awal," katanya.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Sulaiman Taha, 59 daripada B(BN) akibat jangkitan kuman dalam darah dan penyakit kencing manis di Hospital Pakar Ampang Puteri, Kuala Lumpur pada 17 Disember lepas.

Berikutan itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan tarikh penamaan calon bagi pilihan kecil kawasan itu pada 22 Jan dan jika ada pertandingan, pengundian akan diadakan 30 Januari.

--Bernama

ADS