Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Star lantik Ho Kay Tat pengarah eksekutif
Diterbitkan:  Jan 4, 2011 10:53 AM
Dikemaskini: 3:09 AM

Star Publications (M) Bhd melantik Ho Kay Tat sebagai pengarah eksekutifnya.

NONE Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, Star berkata Ho, siswazah komunikasi massa daripada Universiti Sains Malaysia, telah berkecimpung dalam bidang kewartawanan dan industri media sejak 26 tahun lalu.

Ho menyertai Star sebagai ketua pegawai operasi pada Julai 2010.

Sementara itu, Star melantik semula Datuk Lee Fook Long sebagai timbalan pengerusi bagi menggantikan Datuk Clement Hii Chii Kok, yang meletakkan jawatan pada 31 Dis, 2010.

Lee, lulusan komunikasi massa daripada Institute of Marketing, London, merupakan pengerusi eksekutif kumpulan Foetus International Sdn Bhd.

Beliau juga merupakan pengarah MNC Wireless Bhd dan SHH Resources Holdings Bhd.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS