Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mempengerusikan mesyuarat Kabinet pertama bagi tahun 2011 di Bangunan Perdana Putra di Putrajaya, hari ini.

Najib yang berpakaian serba kelabu tiba di bilik mesyuarat jam 9.20 pagi dan memulakan mesyuarat 10 minit kemudian.

Hampir semua Menteri Kabinet sedia menunggu di bilik mesyuarat kira-kira 45 minit sebelum Perdana Menteri tiba.

Antara mereka Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan, serta pegawai kerajaan berkaitan.

- Bernama