Pelesenan syarikat judi baru di Pahang dibantah
Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Teras Pengupayaan Melayu (Teras) membantah keputusan kerajaan, melalui Kementerian Kewangan, yang meluluskan lesen bagi sebuah lagi syarikat perjudian - Bukit Tinggi Resort Berhad - beroperasi di negara ini.
Presiden Teras, Azmi Abdul Hamid turut melahirkan rasa kesal terhadap Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob yang mendakwa beliau tidak tahu mengenai perkara ini, sepertimana yang dilaporkan oleh akhbar The New Straits Times hari ini.

"Teras amat keliru bagaimana Menteri Besar Pahang yang mendakwa tidak mengetahui sebuah lagi syarikat judi mendapat kelulusan untuk beroperasi di negeri itu," kata Azmi dalam satu kenyataan hari ini.
"Kami juga kesal dengan alasan Datuk Seri Adnan yang bagaimanapun merestui pusat perjudian itu, atas alasan ianya hanya untuk orang bukan Islam," tambahnya.
Sehubungan itu, beliau mempersoalkan apakah negeri Pahang masih tidak cukup dengan adanya pusat perjudian di Genting sehingga memerlukan sebuah lagi.
"Apakah negeri Pahang tidak tahu dan yakin kesan negatif ketagih judi juga akan merosakkan sosial orang bukan Islam dan dengan itu masyarakat seluruhnya?
Bercanggah
"Teras tidak dapat menerima sikap Adnan yang berpendapat hanya kerana orang Islam dilarang berjudi, maka tidak mengapa jika masyarakat bukan Islam rosak kerana berjudi," tegasnya.
Sebagai sebuah negara yang telah diisytiharkan sebagai sebuah negara Islam, maka, katanya, Teras berpendapat ianya satu tindakan yang amat bercanggah apabila kerajaan meluluskan lesen judi terus di negara ini.
"Tindakan menteri kewangan yang meluluskan lesen beroperasi Bukit Tinggi Resort Berhad adalah amat memalukan," tambahnya.
Azmi berkata, Teras pernah menghantar surat kepada Menteri Kewangan yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad, pada tahun lalu bagi mendapatkan penjelasan dan alasan mengenai perkara tersebut tetapi tidak mendapat sebarang jawapan.
"Teras dengan ini mendesak agar kelulusan lesen judi untuk Bukit Tinggi Resort Berhad itu segera ditarik balik bagi membanteras segala bentuk kerosakan sosial yang semakin sukar dikawal," kata Azmi.

Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.