Hospital kurang guna alat suntikan bistari kerana harga terlalu tinggi
penterjemahan
Pharmaniaga Bhd, pembekal tunggal farmasi kepada hospital awam, berkata pihaknya mengalu-alukan sekiranya Kementerian Kesihatan mengarah semua hospital menggunakan alat suntikan bistari (safety
syringes) tetapi pakar perubatan tidak sependapat sama ada ianya praktikal digunakan.
Isnin lalu, bekas setiausaha politik kepada perdana menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj, Yap Chin Kwee, memberitahu malaysiakini tentang kewujudan alat itu dan menggesa kerajaan mewajibkan penggunaannya di hospital awam bagi mengelak kecederaan akibat jarum suntikan.
Menurutnya, hanya segelintir hospital awam - Institut Jantung Negara, hospital Universiti Sains Malaysia dan dua hospital tentera - yang menggunakan alat suntikan itu sejak tahun lalu bagi kes-kes berisiko tinggi.
penterjemahan
Pharmaniaga Bhd, pembekal tunggal farmasi kepada hospital awam, berkata pihaknya mengalu-alukan sekiranya Kementerian Kesihatan mengarah semua hospital menggunakan alat suntikan bistari (safety
syringes) tetapi pakar perubatan tidak sependapat sama ada ianya praktikal digunakan.
Isnin lalu, bekas setiausaha politik kepada perdana menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj, Yap Chin Kwee, memberitahu malaysiakini tentang kewujudan alat itu dan menggesa kerajaan mewajibkan penggunaannya di hospital awam bagi mengelak kecederaan akibat jarum suntikan.
Menurutnya, hanya segelintir hospital awam - Institut Jantung Negara, hospital Universiti Sains Malaysia dan dua hospital tentera - yang menggunakan alat suntikan itu sejak tahun lalu bagi kes-kes berisiko tinggi.
Penggunaannya diwajibkan di Amerika Syarikat selepas satu satu undang-undang dilulus pada penghujung tahun 2000 untuk melindungi kakitangan perubatannya daripada kecederaan kerana tercucuk jarum suntikan.
Alat suntikan itu direkabentuk khas untuk mengunci jarum pada perisai yang tidakmudah pecah selepas ianya digunakan (
gambar
). Alat itu digunakan sekali sahaja, dan kemudiannya dibuang dengan selamat.
Cara ini dapat mengelak kemungkinan kakitangan perubatan bersentuhan dengan jarum. Setiap alat suntikan mempunyai jangka hayat selama tiga kepada enam tahun daripada tarikh ia dikeluarkan.
Terlalu optimis
Pharmaniaga mengesahkan bahawa syarikat itu telah membeli 457,000 alat suntikan bistari Mac lalu tetapi ianya tidak mendapat sambutan daripada pihak hospital.
"Kami masih menyimpan kira-kira 400,000 lagi alat suntikan itu...kerana penggunaannya tidak diwajibkan di hospital, maka mereka boleh memilih sama ada membelinya atau tidak," kata pengurus rangkaian pembekalannya, Masiah Abu Hassan ketika dihubungi.
Katanya, sebab utama kurangnya permintaan bagi alat tersebut adalah kerana harganya lebih mahal daripada penyuntik biasa yang digunakan di hospital.
"Pharmaniaga pada mulanya meramalkan 27 juta alat suntikan bistari akan digunakan sepanjang tempoh tiga tahun mulai 2001. Tetapi ramalan itu terlalu optimis," kata Masiah.
"Kami tentunya berharap agar Kementerian Kesihatan akan mengarah pihak hospital menggunakan alat penyuntik bistari ini untuk kebaikan kakitangan mereka," tambahnya.
Beliau bagaimanapun menafikan bahawa Pharmaniaga - syarikat awam yang dikuasai oleh United Engineers (M) Bhd - ada menerima pembayaran daripada kerajaan untuk membeli stok alat tersebut.
Tiada perangkaan
Kerajaan telah menyediakan peruntukan tahunan kepada pihak hospital yang akan menentukan bagaimana wang itu dibelanjakan dan apa hendak dibeli, jelas Masiah.
Menurutnya, satu lagi sebab alat suntikan itu tidak popular di Malaysia adalah kurangnya kesedaran di kalangan pengamal perubatan dan orang ramai mengenai kecederaan akibat jarum suntikan.
Pengerusi Institut Kebangsaan bagi Kesihatan dan Keselamatan Pekerja, Tan Sri Lee Lam Thye pula berkata pihaknya tiak mengawasi kes-kes kecederaan akibat jarum suntikan walaupun mengetahui ianya memang berlaku.
Presiden Persatuan Perubatan Malaysia, N Athimulam pula berkata, beliau tidak boleh membuat ulasan mengenainya kerana persatuannya tiada perangkaan yang cukup serta maklumat mengenai alat itu.
"Ia juga merupakan satu perkara dasar di bawah budibicara Kementerian Kesihatan," tambahnya.
Manakala presiden Persatuan Jururawat Malaysia, Dayang Anne berkata ahli persatuan itu akan ditanya sama ada mereka mempunyai sebarang masalah menggunakan alat suntikan biasa.
Bekas ketua pengarah kesihatan, Tan Sri Abu Bakar Sulaiman pula menyifatkan penggunaan alat suntikan bistari untuk kes-kes berisiko tinggi sebagai 'langkah pencegahan yang lojik dilakukan".
Langkah pencegahan
"Seseorang yang cedera akibat jarum suntikan menghadapi risiko dijangkiti sebarang penyakit yang boleh berjangkit melalui darah," tambahnya.
Abu Bakar berkata, penggunaan alat suntikan bistari adalah penting dalam menjamin kesihatan kakitangan perubatan.
"Apa gunanya mengubati penyakit jika boleh mencegahnya. Inilah sebabnya mengapa penggunaan alat ini membabitkan lebih perbelanjaan," tegasnya.
Bagaimanapun, penolong pengarah Hospital Kuala Lumpur, Dr Ng Thiew Kim berpendapat penggunaan alat suntikan bistari itu tidak dapat mengatasi masalah kecederaan akibat jarum suntikan.
"Terdapat prosidur yang perlu diikuti oleh kakitangan perubatan ketika mereka menggunakan alat suntikan biasa. Jika tidak mengikut prosidur itu, maka mereka masih boleh tercedera ketika menggunakannya.
"Ia umpama menggunakan tukul - jika anda cuai, anda akan terpukul kuku sendiri," tambanya.
Undang-undang baru
Menurut Ng lagi, kecederaan akibat tercucuk jarum suntikan bukan masalah serius kerana semua hospital menggunapakai prosidur di mana alat suntikan dibuang tanpa perlu memasang semula penutup jarumnya.
Bagaimanapun, katanya, sehingga ini, tidak kes kecederaan kerana jarum suntikan telah mengakibatkan kematian atau jangkitan di kalangan kakitangan hospitalnya.
Persatuan Jururawat Amerika (ANA) melaporkan terdapat purata 800,000 kes kecederaan akibat tercucuk jarum suntikan setiap tahun, mengakibatkan lebih 2,000 daripadanya dijangkiti Hepatitis C, 400 (Hepatitis B), dan 35 lagi dijangkiti virus HIV.
Pada tahun 2000, presiden Amerika ketika itu, Bill Clinton menandatangani Akta Keselamatan dan Pencegahan Kecederaan Akibat Jarum Suntikan selepas ANA melobi supaya digubal undang-undang baru yang menghendaki semua kemudahan penjagaan kesihatan beralih kepada sistem tanpa jarum atau menggunakan jarum dengan perlindungan.
Tindakan ini diambil berikutan satu kes pada tahun 1998 di mana presiden Persatuan Jururawat Massachusetts, disahkan dijangkiti HIX dan Hepatitis C selepas tercucuk jarum suntikan.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.