Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Tenang: Lembaran baru kebangkinan PAS di selatan
Diterbitkan:  Jan 14, 2011 4:09 PM
Dikemaskini: 9:05 AM

Kemenangan PAS dalam pilihan raya kecil DUN Tenang amat penting bagi membuka lembaran baru kebangkitan PAS di zon selatan tanahair, kata pesuruhjaya PAS Perak, Abu Bakar Hussian.

abu bakar hussian pas perak Beliau menegaskan demikian ketika memberi kata-kata semangat kepada jentera PAS Perak yang dihantar bertugas dalam pilihan raya kecil tersebut, yang akan berlangsung pada 30 Januari ini.

Abu Bakar meminta mereka terus berjuang dan beristiqamah dalam memastikan kemenangan calon PAS di Dun Tenang.Dalam satu kenyataan PAS Perak hari ini, beliau berkata, di utara, Pakatan Rakyat mencatat kemenangan dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh, Permatang Pasir, Penanti, Bukit Selambau, Bukit Gantang.

Di timur pula, tegasnya, Pakatan mencatat kemenangan merampas kerusi parlimen Kuala Terengganu dari  tangan BN.

“Kini tiba pula giliran DUN Tenang yang terletak di selatan untuk memberi mesej yang lebih jelas kepada BN, bahawa rakyat pelbagai kaum di negara ini mahu Pakatan mentadbir Malaysia dan membuka lembaran baru untuk rakyat dalam membangunkan sebuah negara yang adil dan berkebajikan,” tegasnya lagi.

bukit selambau counting of votes 070409 02 Dalam satu kenyataan PAS Perak hari ini, beliau berkata, di utara, Pakatan Rakyat mencatat kemenangan dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh, Permatang Pasir, Penanti, Bukit Selambau, Bukit Gantang.

Di timur pula, tegasnya, Pakatan mencatat kemenangan merampas kerusi parlimen Kuala Terengganu dari  tangan BN.

“Kini tiba pula giliran DUN Tenang yang terletak di selatan untuk memberi mesej yang lebih jelas kepada BN, bahawa rakyat pelbagai kaum di negara ini mahu Pakatan mentadbir Malaysia dan membuka lembaran baru untuk rakyat dalam membangunkan sebuah negara yang adil dan berkebajikan,” tegasnya lagi.

bukit gantang amk pkr altantuya hearst 180409 Sehubungan itu, Abu Bakar berharap jentera PAS Perak sentiasa meningkatkan ketaqwaan kepada Allah SWT dalam setiap ibadah dan gerak kerja yang dilakukan.

Katanya, jentera PAS Perak juga perlu bersiap sedia untuk menghadapi pilihanraya umum yang akan berlaku tidak lama lagi.

"Semoga momentum kemenangan Pakatan dalam pilihan raya kecil sebelum ini, memberi gambaran awal bahawa Perak akan kembali berada di bawah kepimpinan Pakatan Rakyat,” tegasnya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS