Semua pelatih kaum India yang mengikuti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) harus diberi pelepasan cuti sempena sambutan Thaipusam pada Khamis ini, kata Presiden MIC Datuk G Palanivel.

thaipusam mb khalid visit 290110 01 "Mereka perlu diberi pelepasan untuk membolehkan mereka menunaikan nazar masing-masing," katanya dalam satu kenyataan.

Katanya Thaipusam merupakan upacara keagamaan yang penting bagi penganut Hindu di negara ini.

Beliau berharap Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan mempertimbangkan supaya memberi pelepasan cuti selama tiga hari untuk pelatih PLKN keturunan India menyambut perayaan itu bersama keluarga masing-masing.