Pengerusi UDA holding Berhad, Datuk Nur Jazlan Mohamed berada di Pulau Pinang hari ini untuk menemui exco kerajaan negeri untuk mencari penyelesaian terhadap masalah penduduk Kampung Tanjung Tokong.

nur jazlan mohamed 071008 03 Nur Jazlan, yang juga ahli parlimen BN Pulai, berkata UDA akan mencadangkan kerajaan negeri membentuk jawatankuasa bebas untuk meneliti keperluan penduduk yang terbabit dengan projek pembangunan semula kawasan berkenaan.

"Kita akan mencadangkan jawatankuasa ini tidak dianggotai ahli politik ... supaya ia dapat mendengar tuntutan penduduk," katanya kepada Malaysiakini, dalam wawancara melalui telefon hari ini.

"Kemudian, berdasarkan prinsip-prinsip yang telah ditetapkan, kita dapat memutuskan tindakan seterusnya," tambahnya.

Penduduk terbabit membantah kenyataan Nur Jazlan dalam media baru-baru ini yang mereka adalah setinggan yang tinggal di tanah itu secara haram.

Ketika bantahan tersebut, penduduk memijak dan membakar fotonya, sambil menuduhnya biadap, tidak bermoral dan tidak bertanggung jawab.

NONE Sekurang-kurangnya dua laporan polis dibuat terhadap Nur  Jazlan.

Pengerusi Suara Penduduk Kg Tanjong, Mohd Musannif Zainal Abidin memberi tempoh tiga hari kepada Nur Jazlan untuk memohon maaf secara terbuka, serta menarik kenyataannya itu.

Semalam, sekumpulan 30 penduduk cuba menyerahkan memorandum ke pejabat UDA di Bertam, tetapi gagal berbuat demikian.

[Baca berita penuh]