Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini berkata Malaysia mempunyai rekod prestasi yang baik dalam bidang pembangunan lestari, berbanding negara lain, walaupun ada pihak tertentu di peringkat global mempunyai perspektif negatif terhadap amalan dalam aktiviti perusahaan minyak sawit negara ini.

bakun dam special report logging site 070910 Kata beliau, sebagai sebuah negara, sudah sewajarnya wujud keperluan bagi Malaysia untuk menggunakan tanah bagi tujuan pembangunan, tetapi kerajaan menggubal dasar tertentu untuk memastikan wujud keseimbangan daripada segi keperluan menjaga kepentingan rakyat dan memulihara kawasan hutan.

"Kita perlu sediakan ruang untuk membolehkan rakyat Malaysia menikmati kehidupan lebih baik, tapi pada masa yang sama, kawasan yang dimajukan untuk penanaman kelapa sawit perlu dibangunkan secara lestari. Malah, ada kawasan di mana pembangunan dan pembalakan langsung tidak dibenarkan, seperti Lembangan Maliau dan Lembah Danum dan kawasan tadahan air.

NONE "Jika kita bandingkan dengan prestasi negara lain, rekod prestasi kita lebih baik daripada kebanyakan mereka...setelah mereka musnahkan sumber hutan mereka, kini mereka meninjau ke sana sini dan cuba menuding jari kepada kita, sedangkan merekalah sebenarnya yang menjadi punca masalah," kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Kajian Lembangan Maliau (MBSC) dan Projek SAFE (Kestabilan Ekosistem Hutan Yang Ubah) di Kawasan Pemuliharaan Lembangan Maliau di Tawau hari ini.

Najib berkata demikian apabila diminta mengulas anggapan sesetengah pihak, terutama di Eropah kononnya Malaysia tidak bertindak secukupnya untuk manambah baik amalan dalam industri minyak sawitnya untuk meningkatkan pembangunan secara lestari.

- Bernama