Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Najib: Status Tapak Warisan Dunia bagi Maliau
Diterbitkan:  Jan 29, 2011 3:54 PM
Dikemaskini: 7:57 AM

Kerajaan akan berusaha supaya Lembangan Maliau di Tawau  mendapat pengiktirafan sebagai Tapak Warisan dunia, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri berkata, pengiktirafan daripada Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco) akan menarik minat dari seluruh dunia terhadap lembangan itu.

NONE Beliau bercakap kepada pemberita selepas melancarkan Pusat Pengajian Lembangan Maliau di kawasan konservasi Lembangan Maliau di Tawau dan memberi respons kepada cadangan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.

Najib berkata Malaysia, yang merupakan anggota lembaga pengarah Unesco, akan mengemukakan presentasi kepada agensi PBB itu.

"Sudah tentulah sebaik sahaja disenaraikan sebagai Tapak Warisan Dunia, minat dari seluruh dunia akan meningkat dengan mendadak,” katanya.

Najib mengambil beberapa tempat di Georgetown, Pulau Pinang; Melaka dan Gua Mulu di Sarawak sebagai contoh tapak yang banyak mendapat manfaat daripada pengiktirafan Unesco itu.

NONE Beliau berkata pengiktirafan itu bagaimanapun tidak boleh diperoleh sekelip mata.

"Ada proses yang perlu kita lalui, tetapi mudah-mudahan kita akan berjaya menyenaraikannya (Lembangan Malian Basin sebagai Tapak Warisan Dunia),” katanya.

Musa, ketika berucap sebelum itu, berkata kerajaan negeri akan meneruskan usaha untuk memulihara Lembangan Maliau sebuah destinasi kegemaran pencinta alam.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS