Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Potong rambut Sikh: PLKN anggap isu selesai
Diterbitkan:  Jan 29, 2011 9:09 PM
Dikemaskini: 1:11 PM

Pelatih lelaki Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) beragama Sikh yang mendakwa rambutnya digunting semasa tidur ketika menjalani program itu akan dipindahkan ke kem lain selepas cuti perayaan Tahun Baru Cina ini.

Pelatih itu yang sebelum ini menjalani latihan di kem PLKN Seri Impian, Sungai Bakap, Pulau Pinang akan dipindahkan ke kem PLKN Sungkai, Perak dan dia dibenar melapor diri selepas perayaan Tahun Baru Cina.

NONE Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) Datuk Abdul Hadi Awang Kechik berkata keputusan itu dibuat hasil perbincangan dengan keluarga pelatih berkenaan yang bersetuju anak mereka dipindahkan ke kem lain.

"Kita beri dua pilihan sama ada mahu kekal di Kem Seri Impian atau berpindah ke kem lain, tetapi kita tidak benarkan pelatih itu menarik diri daripada menyertai latihan PLKN," katanya kepada pemberita selepas melawat Kem PLKN Etnobotani di Gua Musang, hari ini.

Dalam kejadian 16 Jan lalu, remaja berkenaan Basant Singh, 18, mendakwa rambutnya dipotong antara 50 hingga 60 sentimeter semasa sedang tidur.

Susulan itu, Abdul Hadi berkata pihaknya menyerahkan perkara itu kepada polis untuk membuat siasatan lanjut.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS