Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Bukan kehilangan, kata Tian Chua
Diterbitkan:  Jan 29, 2011 9:16 PM
Dikemaskini: 1:18 PM

Keputusan ahli parlimen Padang Serai, N Gobalakrishnan keluar dari PKR dan menjadi wakil rakyat bebas sudah dijangkakan, kata naib presiden PKR Tian Chua.

parliament pkr pc on najib isa 021208 khalid ibrahim tian chua gobalakrishnan Menyifatkan Gobalakrishnan sebagai anggota yang tidak menjalankan kerja, katanya, bekas naib presiden itu cuba 'melarikan diri' daripada dikecam kerana mengkritik kepimpinan parti secara terbuka.

"Kami sudah merancang untuk menggantung dia daripada parti kerana mengkritik. Orang seperti dia bukan satu kehilangan bagi parti," katanya di Labis hari ini.

Tian Chua, yang juga Pengarah Strategik PKR, berkata ketika parti itu tergesa-gesa membuat persiapan menghadapi pilihan raya umum 2008, mereka mendapat ramai calon yang tidak cukup kompeten dan Gobalakrishnan adalah salah seorang daripada mereka.

Pada sidang akhbar di Kulim, Kedah, pagi ini, Gobalakrishnan, 50, mengumumkan melepaskan semua jawatannya dalam parti itu dan kini menjadi ahli parlimen bebas berkuat kuasa serta merta.

- Bernama

ADS