Kehadiran Anwar: kini terpulang kepada polis
Jabatan Penjara telah bersetuju untuk membenarkan bekas timbalan perdana menteri Anwar Ibrahim menyempurnakan upacara akad nikah anak perempuannya di kediamannya di Damansara esok, sekiranya tiada bantahan daripada pihak polis.
Peguamnya, Sankara Nair beritahu
malaysiakini
bahawa seorang pegawai penjara memberitahunya pagi ini bahawa jabatan berkenaan tiada masalah untuk menghantar bekas timbalan menteri itu menghadiri perkahwinan anak sulungnya Nurul Izzah dengan Raja Ahmad Sharir Iskandar Raja Salim esok.
Jabatan Penjara telah bersetuju untuk membenarkan bekas timbalan perdana menteri Anwar Ibrahim menyempurnakan upacara akad nikah anak perempuannya di kediamannya di Damansara esok, sekiranya tiada bantahan daripada pihak polis.
Peguamnya, Sankara Nair beritahu
malaysiakini
bahawa seorang pegawai penjara memberitahunya pagi ini bahawa jabatan berkenaan tiada masalah untuk menghantar bekas timbalan menteri itu menghadiri perkahwinan anak sulungnya Nurul Izzah dengan Raja Ahmad Sharir Iskandar Raja Salim esok.
"Bagaimanapun, pegawai itu berkata pihak polis mesti memberi kebenaran terlebih dahulu. Jika pihak polis tiada membantah, maka tiada sebarang masalah bagi Jabatan Penjara," kata Sankara.
Sankara percaya pertimbangan utama pihak polis mengenai soal keselamatan.
"Kami telah memberi memberi jaminan bahawa tidak akan akan perhimpunan besar kerana para jemputan adalah dari kalangan anggota keluarga sahaja," katanya.
Majlis itu pada mulanya ditetapkan pada jam 9 pagi esok tetapi ditukar kepada jam 4 petang, kerana kes permohonan Anwar supaya dibenarkan ikatjamin,akan didengar oleh Mahkamah Rayuan pada sebelah paginya.
Pegawai penjara
Sebelum ini, Nurul Izzah telahpun menyatakan hasratnya supaya diakad nikah oleh bapanya di rumah mereka di Damansara.
Sankara berkata kes permohonan ikatjamin Anwar itu akan didengar oleh Mahkamah Rayuan seperti yang dijadulakan, dan dijangka selesai kira-kira jam 12 tengahari.
Ini, katanya, akan memberi cukup masa kepada pegawai penjara untuk menghantar Anwar ke rumahnya di Damansara Heights untuk menghadiri majlis akad nikah anaknya itu.
Sementara itu, Pengerusi DAP, Lim Kit Siang dan ketua Pemuda PAS, Mahfuz Omar berharap pihak berkuasa akan membenarkan Anwar menghadiri majlis itu bagi membolehkan beliau menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang bapa.
Lim berkata, sekiranya Anwar tidak dibenarkan berbuat demikian, maka ia akan mengesahkan anggapam umum bahawa bukan sahaja beliau didakwa, tetapi juga tidak dilayan mengikut perikemanusiaan.
"Telah ada contoh terdahulu di mana kebenaran diberikan kepada banduan untuk bersama keluarga dalam majlis sedemikian. Ini telah lama diamalkan oleh pihak berkuasa."
Berumahtangga
"Saya ingat ketika saya ditahan di pusat Tahanan Muar pada 1969 lalu, seorang lagi tahanan Hamid Tuah telah dibenarkan menghadiri majlis perhimpunan keluarganya. Saya rasa budibicara seperti itu juga hendaklah dipertimbangkan untuk Anwar," kata Lim ketika dihubungi hari ini.
Tambahnya, ia tidak harus dianggap sebagai satu isu politik, tetapi sebagai isu kemanusiaan.
"Saya juga berkeyakinan bahawa keluarganya tidak akan mempolitikkan kehadiran Anwar di rumah," kata Lim.
Mahfuz juga menggesa pihak berkuasa supaya tidak menganggap perkara itu sebagai satu isu politik, tetapi menyifatkannya sebagai satu permintaan seorang anak untuk bersama bapanya, yang sedang menjalani penjara, untuk menjejak alam rumahtangga.
Sementara itu, abang Anwar, Rosli Ibrahim berkata pihak keluarganya sudah pun membuat persediaan untuk mengawal orang ramai sekiranya Anwar dibenarkan menghadiri majlis itu.
Kenduri kahwin
"Kami juga telah menyampaikan pesanan kepada para penyokong reformasi supaya menghormati majlis tersebut dan peristiwa membantu kita menjamin semua berjalan lancar. Makanan akan disediakan kepada semua yang berada di luar kawasan rumah tetapi kami terpaksa bertindak tegas membenarkan mereka yang hendak masuk ke rumah," tambahnya.
"Jika polis tidak membenarkan Anwar menghadiri majlis perkahwinan anak perempuannya, mereka (pihak berkuasa) mesti menentukan tempatnya. Mungkin di Penjara Sungai Buloh atau tempat lain. Sudah tentu, kami mungkin menerima atau menolaknya"
"Paling tidakpun, kenduri kahwin itu akan ditukar menjadi kenduri biasa dan doa selamat," katanya.
Menurut beliau lagi, selain majlis akad pada hari Jumaat, pihak keluarga juga akan menyediakan majlis kenduri kahwin untuk keluarga dan rakan-rakan pada hari Sabtu dan Ahad ini.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.