Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Anwar sudah jangka Gobala akan keluar parti
Diterbitkan:  Jan 30, 2011 4:45 PM
Dikemaskini: 8:47 AM

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau telah lama menjangka Anggota Parlimen Padang Serai N. Gobalakrishnan akan keluar daripada parti itu.

    

Katanya tindakan Gobalakrishnan itu juga tidak menjejaskan PKR.

    

"Dia dah keluar tak apalah, biar kita teruskan," katanya kepada pemberita selepas majlis Wacana Memperkasa Fikrah Rakyat, di Shah Alam hari ini.

    

Ketua pembangkang itu diminta mengulas tindakan Gobalakrishnan yang dilapor meninggalkan PKR dan melepaskan semua jawatannya dalam parti tersebut, semalam.

    

Mengulas lanjut, Anwar berkata pucuk pimpinan parti itu bagaimanapun masih belum menerima surat rasmi daripada Gobalakrishnan berkenaan perkara tersebut.

    

Setakat ini beliau hanya mengumumkan perkara itu menerusi laman sosial Twitter dan setiausaha agung parti Saifuddin Nasution Ismail telah mengarahkan beliau memberi penjelasan berhubung perkara tersebut, kata Anwar.

    

Dalam satu kenyataan menerusi Twitter, Gobalakrishnan - bekas calon naib presiden PKR - berkata tindakannya itu disebabkan hilang keyakinan terhadap kepimpinan parti.

- Bernama

ADS