50,000 ahli Puteri Umno belum mendaftar
Hampir 50,000 atau 49 peratus daripada ahli Puteri Umno difahamkan belum mendaftar sebagai pengundi dengan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR)
Sehubungan itu, ketua pergerakan tersebut Azalina Othman said berkata ia merupakan cabaran yang begitu besar, terutama di kalangan generasi muda.
"Ini kerana sebahagian besar daripada masa mereka dihabiskan untuk bekerja dan pada hujung minggu pula masa dihabiskan bersama keluarga. Ini membuatkan mereka tidak mempunyai kesempatan untuk mendaftarkan," katanya.
Hampir 50,000 atau 49 peratus daripada ahli Puteri Umno difahamkan belum mendaftar sebagai pengundi dengan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR)
Sehubungan itu, ketua pergerakan tersebut Azalina Othman said berkata ia merupakan cabaran yang begitu besar, terutama di kalangan generasi muda.
"Ini kerana sebahagian besar daripada masa mereka dihabiskan untuk bekerja dan pada hujung minggu pula masa dihabiskan bersama keluarga. Ini membuatkan mereka tidak mempunyai kesempatan untuk mendaftarkan," katanya.
Bagi mengatasi masalah ini, beliau berharap Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) akan mengadakan sistem pendaftaran yang "mesra pengguna" dengan membuka kaunter pendaftaran di tempat-tempat awam seperti stesen bas dan pusat membeli-belah.
"SPR perlu mendekatkan diri dengan golongan muda ini dengan membuka kaunter-kaunter di tempat tumpuan golongan ini," tambahnya dalam temubual dengan
TV3
hari ini. Transkrip penuh temubual itu disiarkan dalam laman web Gerbang Puteri Umno hari ini.
"Tetapi sistem pendaftaran secara 'on-line' contohnya tidak begitu digalakkan atas dasar keselamatan. Pada pendapat saya, Puteri bukannya tidak berminat untuk mendaftar tetapi kesukaran dan kesuntukan masa untuk ke kaunter SPR," katanya.
Menurutnya lagi, pendaftaran secara "on-line" memang memudahkan tetapi ia tidak begitu selamat dan boleh wujudnya pengundi hantu.
Kesefahaman
Ditanya dakwaan bahawa pergerakan itu merupakan saingan kepada Wanita Umno, Azalina menyifatkannya sebagai 'cerita lama', tetapi sebaliknya menegaskan ia membantu meramaikan bilangan wanita dalam Umno.
"Ini kerana apabila ahli Puteri mencapai umur 35 tahun, puteri akan menjadi ahli Wanita pula. Oleh itu, kewujudan Puteri ini dapat menambahkan bilangan wanita di dalam UMNO.
"Maka, saya amat tidak bersetuju dengan kenyataan bahawa terdapat persaingan di antara Puteri dan Wanita," katanya dalam temubual itu.
Katanya, timbul banyak kritikan mengapa perlu wujudnya Puteri Umno sedangkan sudah ada Wanita Umno.
"Setelah 2 tahun Puteri ditubuhkan, kita dapat lihat pada hari ini terdapat kesefahaman di dalam hubungan di antara Puteri dengan Wanita dan begitu juga Pemuda Umno, di mana kehadiran Puteri dilihat sebagai pelengkap kepada Umno," tegas Azalina.
Beliau juga menegaskan bahawa pergerakan pimpinannya itu menghadapi banyak cabaran termasuk ada pihaknya yang mempertikaikan agenda sebenarnya Umno menubuhkan sayap baru parti itu.
"Bagaimanapun, saya melihat perkara ini sebagai sesuatu yang baik untuk generasi muda. Jika mereka tidak diberikan cabaran, mereka akan bergerak perlahan. Cabaran utama yang perlu Puteri hadapi ialah kemampuan Puteri berdiri setanding dengan Pergerakan Pemuda dan Wanita.
Cabaran
"Cabaran kedua pula ialah kefahaman Puteri terhadap perjuangan Umno. Apakah mereka betul-betul menghayati erti perjuangan sebenar oleh Umno?
"Ini kerana Puteri telah dilahirkan di zaman serba mewah ini iaitu selepas 57 tahun kewujudan Umno. Saya melihat ini merupakan cabaran yang akan menghantui Puteri," tambahnya.
Kataya, halatuju jangka pendek pergerakan ialah menyediakan diri Puteri Umno untuk menghadapi pilihanraya umum (kemungkinan 2004) bersama-sama Umno dan Barisan Nasional.
"Manakala halatuju jangka panjang pula ialah meneruskan minat generasi muda terutama golongan wanita muda untuk meneruskan perjuangan Umno," tambahnya.
Azalina juga menekankan mengenai pentingnya diwujudkan satu pembentukan kreatif di kalangan kepimpinan Puteri Umno, terutama di kalangan Exco Puteri dan ketua Puteri di peringkat negeri dan bahagian, bagi memastikan halatuju ini jelas dan berjaya dicapai.
Mengenai dakwaan bahawa Puteri Umno 'dipergunakan' oleh Umno untuk meraih sokongan, beliau berkata penglibatan mereka dalam pergerakan itu adalah untuk berbakti kepada parti ini telah menabur banyak budi kepada generasi muda.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.