Umno akan mudahkan golongan profesional sertai Umno
Umno akan mengkaji semula sistem pendaftaran ahli bagi memudahkan kemasukan ahli baru, terutama dari golongan profesional yang dikatakan sukar menjadi ahli Umno.
Menurut naib presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin antara yang sedang diteliti ialah sistem pendaftaran lama yang membolehkan pemohon yang mendaftar di peringkat cawangan secara automatik menjadi ahli selepas menerima resit bayaran.
Menurut sistem sekarang, pemohon perlu menghantar borang permohonan di peringkat cawangan dan jika dipersetujui ketua cawangan, ia dihantar ke peringkat bahagian sebelum dihantar ke peringkat pusat. Tempoh masa bagi mendapatkan kesahihan keahlian pula tidak ditetapkan.

Bernama
memetik beliau sebagai berkata, Umno akan mengkaji pelbagai cara untuk mempermudahkan proses pendaftaran anggota supaya parti itu dapat meningkatkan bilangan anggotanya."Kita nak perbaiki sistem itu dan mahu mencari jalan supaya proses (pendaftaran) dapat dipermudahkan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Hak Harta Intelek dan Globalisasi Menurut Perspektif Islam.
Muhyiddin menjawab pertanyaan berhubung dakwaan golongan profesional mengenai kesukaran menjadi ahli Umno.
Masalah ini dikatakan menjadi punca pergeseran kepimpinan di bahagian Umno Kulim/Bandar baru-baru sehingga ada pihak yang mengemukakan usul tidak percaya kepada ketua pemuda bahahagian, Azimi Daim.
Siasatan
Azimi yang juga ketua penerangan Pemuda Umno pusat, dikatakan tidak puashati dengan tindakan Umno bahagian yang dikatakan tidak meluluskan permohonan golongan profesional untuk menyertai Umno bahagian.
Bahagian berkenaan dipimpin oleh Menteri Kesenian dan Pelancongan, Datuk Abdul Kadir Sheikh Fadzir. Berikutan itu, Pemuda Umno pusat telah menubuhkan jawatankuasa khas untuk menyiasat masalah itu.
Mengenai langkah Umno Bahagian Tasek Gelugor memberikan insentif RM3 kepada anggotanya yang dapat mencari seorang anggota baru, Muhyiddin berkata, usaha itu tidak perlu diperkecilkan.
Namun begitu, Muhyiddin yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal-Ehwal Pengguna berkata ia memberi gambaran seolah-olah semangat perjuangan semakin luntur.
Beliau berharap bayaran insentif seumpama itu tidak menjadi `trend' dalam Umno pada masa akan datang.
Mengenai kewujudan kumpulan serpihan yang mahu memecah-belahkan parti, sepertimana yang didedahkan oleh Presiden Umno Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad, beliau berkata itu merupakan peringatan presiden kepada semua ahli parti supaya kembali kepada semangat perjuangan.
"Soal pengorbanan untuk parti adalah lebih utama dan kita tidak boleh mengutamakan kepentingan diri sendiri atau kepentingan puak dan suku sakat," katanya.