Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Dr M: Nik Aziz juga nasionalis seperti Umno
Diterbitkan:  Feb 17, 2011 3:09 AM
Dikemaskini: 3:24 AM

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat juga sebenarnya seorang nasionalis, sama seperti nasionalis dalam Umno kerana menghadkan perjuangannya di negara ini.

mahathir responses to suaram report 02 "Nik Aziz sendiri berjuang hanya di Malaysia dan tidak di seluruh dunia Islam yang hari ini menghadapi pelbagai jenis penindasan dan tekanan.

"Walaupun Nik Aziz mendakwa bahawa dia berjuang untuk Islam, tetapi dengan menghadkan perjuangannya kepada negara ini dia juga adalah nasionalis sama seperti nasionalis dalam Umno," kata Dr Mahathir ( kanan ).

Sehubungan itu, Dr Mahathir menambah, jika orang Umno jahil kerana nasionalisme mereka, Nik Aziz juga didakwa jahil kerana sebab yang sama.

Debat berhubung isu Islam dan nasionalisme antara dua pemimpin popular parti terbesar Melayu - PAS dan Umno - itu menyemarak apabila Dr Mahathir pada 31 Januari lalu menyifatkan kepercayaan agama Nik Abdul Aziz lebih teruk daripada ' Islam nasionalis '.

Dr Mahathir antaranya meminta membayangkan pendekatan Islam bawah pemerintahan Nik Aziz ketika beliau duduk sebaris dengan pemimpin lain dalam Pakatan Rakyat seperti Lim Guan Eng, Karpal Singh dan Lim Kit Siang

NONE Menulis dalam blognya semalam, Dr Mahathir juga berkata, jika Nik Abdul Aziz membuka mata dan memasang telinga, mungkin dia akan melihat perjuangan Umno untuk Islam.

"Saya tidak perlu ulang tujuan hidup nasionalis Islam Melayu ialah mengabdikan diri kepada Allah SWT dengan membuat ibadah tertentu, memelihara orang Islam dan agama Islam, bukan sahaja di Malaysia tetapi di mana sahaja orang Islam ditindas.

"Tuhan yang akan menilai pengabdian nasionalis Melayu Islam dan bukan Nik Aziz," katanya yang juga bekas presiden Umno.