Menteri didakwa terlibat dengan syarikat diberi lesen mesin slot
Barisan Alternatif (BA) hari ini mendakwa seorang menteri kabinet, sebuah anak syarikat kerajaan negeri Pahang dan sebuah insititusi pelaburan kerajaan adalah pemegang saham syarikat Bukit Tinggi Resort yang mendapat lesen perjudian mesin slot.
Dalam satu kenyataan media, BA mendakwa menteri yang mempunyai kaitan dengan syarikat perjudian itu dikatakan rapat dengan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad.
Kenyataan itu dikeluarkan bersam oleh ahli Parlimen Kubang Kerian Husam Musa, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lunas, Saifuddin Nasution dan setiausaha perhubungan PAS Pahang, Dr Abdul Wahab Ismail.

Kesangsian
Mereka mendakwa kaitan menteri berkenaan dengan syarikat dan institusi terbabit menimbulkan kesangsian tentang tujuan sebenar permit perjudian itu dikeluarkan.
"Dengan pemilikan saham oleh menteri kabinet yang rapat dengan perdana menteri dan sebuah institusi pelaburan milik kerajaan, maka sangat disangsikan tujuan sebenar lesen perjudian ini dikeluarkan.
"Ia juga menggambarkan pertentangan tanggungjawab moral anggota kabinet dalam mewujudkan masyarakat bermoral dengan penglibatannya dalam perjudian, walau dalam apa juga bentuk," tambah mereka.
Mereka juga tidak dapat menerima penjelasan Menteri Besar Pahang, Datuk Adnan Yaakob yang beliau tidak tahu menahu mengenai kelulusan lesen perjudian di Bukit Tinggi sedangkan beliau adalah pengerusi Perbadanan Kewangan Negeri Pahang (PKNP).
"Sebagai pengerusi PKNP yang menjadi holding company kepada anak syarikat yang memiliki saham Bukit Tinggi, bagaimana mungkin beliau tidak mengetahui perkembangan yang berlaku di Bukit Tinggi," tegas mereka.
Minggu lepas, akhbar rasmi PAS Harakah melaporkan bahawa kerajaan telah meluluskan lesen bagi sebuah lagi pusat perjudian yang akan dibuka di Bukit Tinggu selepas Genting Highlands.
Bayar hutang
Tindakan kerajaan dibantah oleh PAS yang mendakwa ianya hanya akan mengalakkan maksiat perjudian.
Bagaimanapun, hari ini Dr Mahathir menafikan dakwaan itu dan berkata kerajaan tidak pernah mengeluarkan lesen operasi kasino di Bukit Tinggi tetapi lesen untuk operasi mesin slot di sebuah kelab di sana.
Menyentuh mengenai kenyataan Dr Mahathir itu, pemimpin barisan alternatif itu berkata walaupun hanya melibatkan mesin slot, ianya masih satu bentuk perjudian.
"Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab moral kerajaan menjelaskan apa perlunya lesen perjudian diberikan kepada Bukit Tinggi Resort."
Mereka juga berkata, kelulusan lesen mesin slot itu tidak dapat dipertahan justifikasi moralnya dan mungkin hanya untuk menolong syarikat peranginan itu menjelaskan tanggungannya yang melebihi RM285 juta.

Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.