Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
236 pulau di Malaysia belum ada nama, kata Kurup
Diterbitkan:  Feb 21, 2011 4:42 PM
Dikemaskini: 8:46 AM

Sebanyak 236 daripada 642 buah pulau yang berada dalam perairan negara ini masih belum ada nama dan langkah segera perlu dilakukan untuk memberi nama kepada pulau berkenaan sebelum ia menjadi isu apabila dituntut oleh negara lain.

bn supreme council mt meeting sapp sabah issue 190608 joseph kurup Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Tan Sri Joseph Kurup berkata apa yang membimbangkan ialah semua pulau tanpa nama itu terletak di Sabah.

Kurup berkata entiti milik negara, khasnya pulau yang belum ada nama, perlu dinamakan dan diwartakan segera supaya ia tidak mudah dituntut sewenang-wenangnya oleh negara lain.

"Tindakan ini sangat signifikan kerana sesebuah negara boleh menuntut sempadan perairan sehingga 200 batu nautikal dari pulau tersebut termasuk sumber ekonomi di persekitarannya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Seminar mengenai Nama Geografi dan mesyuarat bahagian ke-18 Kumpulan Pakar-pakar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Nama Geografi, Asia Tenggara dan Barat Daya Pasifik (UNGEGN ASEPSW) di

Kuala Lumpur, hari ini.

sabah islands suffer neglect 050609 sipadan 02 Justeru, Kurup berharap kerajaan negeri Sabah terutamanya serta agensi di bawah kementeriannya bertindak lebih pro-aktif dan segera dalam mengenal pasti kawasan dan entiti di negara ini yang belum diberi nama.

"Untuk itu, usaha perlu ditumpukan kepada penentuan serta pemilihan nama yang terbaik dengan mengambil kira, jika ada, nama yang telah digunakan oleh penduduk sekitar sejak sekian lama," katanya.

Beliau berkata menurut statistik Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia, Malaysia menpunyai 878 buah pulau dan 510 entiti geografi luar pesisir seperti batuan, beting, terumbu, permatang, tompok dan alur.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS