Muhyiddin pengerusi mesyuarat MB, KM ke-111
Diterbitkan: Feb 22, 2011 3:02 PM | Dikemas kini: Feb 22, 2011 3:04 PM
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, hari ini mempengerusikan mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri ke-111.
Mesyuarat, yang turut dihadiri Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan, bermula pada jam 10 pagi diadakan di Bangunan Perdana Putra di Putrajaya.
Empat negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat menghantar wakil kerajaan negeri masing-masing.
Mesyuarat itu antara lain adalah bagi menyelaraskan pentadbiran antara negeri-negeri dan membincangkan isu-isu berbangkit.
Beberapa kementerian dan agensi kerajaan turut membuat pembentangan termasuk Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU).
- Bernama
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.