Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Diancam samseng, penduduk didakwa 'liar' pula
Diterbitkan:  Feb 22, 2011 3:56 PM
Dikemaskini: 8:14 AM

Mereka dihalau daripada tanah adat (NCR) yang didakwa hak mereka, dituduh mengingkari perjanjian pembangunan yang dimeterai dan baru-baru ini ‘dikunjungi’ oleh kira-kira 100 ‘pengawal keselamatan’ yang bersenjatakan parang dan bahan letupan.

NONE Kini, penduduk Rumah Ranggong di Miri mula menggaru kepala mereka kehairanan apabila membaca laporan surat khabar yang menggambarkan mereka sebagai pihak yang bertindak liar dan menuduh mereka mencuri traktor milik sebuah pemaju swasta.

Jika itu tidak cukup, pihak polis - yang dihubungi penduduk kampung untuk mendapatkan perlindungan - dilaporkan oleh Borneo Post telah digerakkan bagi mengendurkan ketegangan di antara penduduk pribumi Iban dari Rumah Ranggong dan pengawal keselamatan syarikat swasta berkenaan.

NONE "Kami tidak pernah merampas sebarang traktor mahupun mengancam syarikat itu," kata Changgai Dali, pengerusi keselamatan Rumah Ranggong dalam satu kenyataan akhbaar melalui pertubuhan bukan kerajaan - Borneo Resources Institute Malaysia (Brimas).

"Ini adalah syarikat yang membawa samseng bersenjata lengkap dengan parang dan bahan letupan untuk menakut dan mengancam orang-orang rumah panjang kami," katanya.

BLD Resources telah menubuhkan sebuah syarikat kerjasama dengan Lembaga Pembangunan Tanah Sarawak bagi membangunkan sebuah kawasan pertanian di kawasan Ulu Niah. Satu lagi perjanjian persefahaman atau MoU dimeterai oleh anak syarikat BLD Resources, - SLDB dan penduduk Rumah Belili dan Rumah Ranggong untuk membangunkan projek kerjasama yang dinamakan 'Konsep Baru'.

NONE MoU itu akhirnya dibatalkan pada tahun 2008 apabila kerajaan negeri Sarawak mengakui melakukan kesilapan dengan mengkelaskan tanah tersebut di bawah NCR.

Pada tahun yang sama, BLD Resources membuat laporan polis yang mendakwa Changgai dan beberapa penduduk lain mencerobohi kawasan mereka.

Penduduk Rumah Ranggong kemudian mengemukakan tuntutan saman kerana tidak puas hati mereka dengan dakwaan BLD Resources yang mendakwa mempunyai hak pajakan sementara ke atas tanah mereka. Mereka mendakwa kerajaan negeri telah mengakui tanah tersebut sebagai NCR.

NONE Penduduk juga melarang syarikat itu daripada memasuki tanah mereka kerana memungkiri janji membangunkan tanah tersebut.

Berikutan itu, penduduk mendakwa sekitar 100 samseng dihantar bagi mendirikan kem di sempadan tanah mereka.

[Baca berita penuh]

ADS