Jika jumlah bendera yang dipasang oleh parti politik dijadikan ukuran sokongan dalam sesuatu pilihan raya, maka pilihan raya kecil DUN Merlimau akan merupakan satu kemenangan mudah untuk BN.

Ketika ditanya mengenainya, ahli parlimen Jasin yang juga ketua Umno bahagian, Datuk Ahmad Hamzah tertawa sambil berkata: " Jika benarlah begitu, maka ia akan buat hidup saya jauh lebih mudah"

Tetapi mengapakah kemenangan dengan majoriti lebih besar dilihat penting dalam pilihan raya DUN Merlimau 6 Mac ini, sedangkan BN sudahpun menguasai 23 daripada 28 kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN).

ali rustam interview 281008 01 Di sinilah munculnya Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali

Rustam (kanan), bekas naib presiden Umno yang cita-citanya untuk menaiki tangga hirarki parti itu, bukanlah suatu rahsia lagi.

Walaupun pencalonannya untuk bertanding jawatan timbalan presiden Umno dibatalkan, tetapi Mohd Ali tetap berpengaruh dan dilihat sebagai bakal pengganti Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Bagaimanapun, untuk melakukannya, beliau perlu berdepan dengan naib presiden Datuk Seri Hishamuddin Hussein, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Mohd Shafie Afdal, di mana peranan mereka sebagai menteri kabinet telah menaikkan kedudukan mereka di peringkat nasional.

Kini, dengan menjelangnya pilihan raya kecil DUN Merlimau, ia dilihat akan memberi peluang kepada Mohd Ali untuk bersinar.

Walaupun kempen bagi pilihan raya itu hanya akan bermula selepas penamaan calon pada 26 Februari depan, namun kerajaan negeri BN itu, telahpun menggerakkan jenteranya yang menurut Ahmad untuk "menyelesaikan isu-isu tertangguh".

Menurutnya, projek-projek tersebut sudahpun "diperuntukkan dalam bajet negeri dan pusat yang perlu dilaksanakan dan kami sedang menyiapkannya sekarang".

[Baca berita penuh]