Penolakan akujanji: PAS tidak keseorangan
PAS bukanlah satu-satunya parti yang menolak syor Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) supaya calon dan parti politik menandatangi akujanji, kata ahli jawatankuasa PAS pusat, Datuk Hishamuddin Yahya.
Beliau memberitahu malaysiakin i bahawa semua parti politik, termasuk Umno dan lain lain ahli komponen Barisan Nasional (BN) menolak cadangan tersebut kerana ianya dianggap tidak adil dan tidak demokratik.
Hishamuddin yang juga pengarah urusan Harakah , berkata dalam pertemuan pihak pembangkang dengan SPR minggu lalu, wakil suruhanjaya itu telah membayangkan yang BN juga tidak bersetuju dengan cadangan tersebut.
PAS bukanlah satu-satunya parti yang menolak syor Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) supaya calon dan parti politik menandatangi akujanji, kata ahli jawatankuasa PAS pusat, Datuk Hishamuddin Yahya.
Beliau memberitahu malaysiakin i bahawa semua parti politik, termasuk Umno dan lain lain ahli komponen Barisan Nasional (BN) menolak cadangan tersebut kerana ianya dianggap tidak adil dan tidak demokratik.
Hishamuddin yang juga pengarah urusan Harakah , berkata dalam pertemuan pihak pembangkang dengan SPR minggu lalu, wakil suruhanjaya itu telah membayangkan yang BN juga tidak bersetuju dengan cadangan tersebut.
Beliau adalah antara wakil PAS di pertemuan itu yang turut dihadiri wakil DAP, Keadilan dan Parti Rakyat Malaysia (PRM).
Hishamuddin (
kiri
) menegaskan demikian ketika diminta mengulas kenyataan ahli Majlis Tertinggi Umno, Tengku Razaleigh Hamzah (
kanan
) yang mendakwa PAS takutkan bayang-bayangnya sendiri apabila menolak cadangan SPR supaya calon menandatangani surat akujanji sebelum bertanding dalam pilihanraya.
Tengku Razaleigh yang menyokong cadangan tersebut, memberitahu Berita Harian, PAS bimbang dengan akujanji itu kerana tidak boleh mengawal perasaan mereka sepanjang tempoh berkempen.
Pendirian sama
Hishamuddin berkata, beliau keliru dengan kritikan Tengku Razaleigh terhadap PAS, kerana pucuk pimpinan Umno sendiri pun dilaporkan mengambil pendirian yang sama.
"Saya tidak tahu dari mana Tengku Razaleigh mendapat fakta-faktanya, tetapi saya dimaklumkan bukan pembangkang sahaja yang tidak mahu, mereka (BN) pun begitu," katanya.
Menurutnya, akujanji itu jelas mencermin usaha untuk menyekat amalan demokrasi dan tidak adil kepada parti politik kerana ia mengekang semua pihak daripada bercakap atau mendedahkan rasuah dan penyelewangan.
"Lagipun sudah wujud akta-akta lain sepetri Akta Hasutan, Kanun Keseksaan dan sebagainya untuk mengawal para calon daripada memfitnah lawan mereka. Akujanji itu sebenarnya bertindih dengan undang-undang yang sedia ada," katanya lagi.
Seperti juga Hishamuddin, setiausaha agung DAP, Kerk Kim Hock juga hairan bagaimana Tengku Razaleigh boleh mengeluarkan kenyataan seumpama itu.
Beliau yang turut menghadiri pertemuan SPR dengan parti pembangkang pada minggu lepas, menasihati bekas menteri kewangan itu supaya "mengkaji fakta terlebih dahulu sebelum bercakap".
Menyalahguna media
"Ini adalah soal pertindihan undang-undang. Undang-undang yang sedia ada sudah mencukupi untuk mengawal isu yang diutarakan oleh SPR seperti hasutan dan sebagainya."
Manakala ahli Parlimen PAS dari Kuala Terengganu, Syed Azman Syed Ahmad berkata PAS tidak pernah takut untuk menghadapi pilihanraya.
"Tengku Razaligh boleh kata apa yang dia mahu, tetapi beliau sepatutnya melihat realiti yang dihadapi oleh calon, terutama dari parti pembangkang. Kami terpaksa menghadapi saingan dengan tangan dan kaki diikat dan mulut kita disumbat."
"Sudahlah kita tidak mempunyai banyak kebebasan, ia mahu terus dikongkong dengan lebih teruk lagi," katanya.
Dalam isu yang berkaitan, Hishamuddin memberitahu parti pembangkang akan sekali lagi menemui SPR dalam tempoh seminggu ini untuk membincang cadangan penubuhan pasukan pantau kempen pilihanraya.
"Selain pemantauan di peringkat kawasan, kami telah cadangkan diadakan pemantauan di peringkat nasional. Kami tidak mahu kerajaan sementara menyalahgunakan media untuk kempen pilihanraya,"katanya.
Beliau berkata, pihak SPR memberi reaksi yang positif apabila PAS mengutarakan cadangan tersebut dan berharap perbincangan lanjutan akan membuahkan sesuatu yang baik untuk semua.
"Kami juga akan berbincang mengenai satu lagi cadangan kami untuk membuat pantauan dalam urusan undi pos supaya ianya lebih telus. Kalau mereka tak percayakan kita, calon boleh diiringi oleh pegawai keselamatan yang bersenjata," katanya.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.