Negara -negara Barat sedang mempertimbangkan sama ada tindakan ketenteraan wajar dikenakan ke atas kerajaan Libya, pimpinan Muammar Gaddafi kerana bimbang serangan balas oleh diktator itu akan mengorbankan lebih ramai rakyat.

NONE Menurut laporan AFP , sesetengah negara sekurang-kurang bersetuju menguatkuasakan zon larangan terbang terhadap Libya. Namun pegawai Amerika Syarikat dilaporkan memberi amaran bahawa sebarang tindakan ketenteraan akan memberi kesan diplomatik kepada negara-negara Arab yang lain.

Agensi pelarian Pertubuahan Bangsa-bangsa Bersatu pula mendakwa keadaan di sempadan Libya-Tunisia kini pada peringkat krisis dengan ramai pekerja warga asing membanjirinya kerana bimbang serangan balas oleh Gaddafi.

NONE Lebih 100,000 orang dilaporkan telah meninggalkan Libya bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa keganasan pemimpin yang masih setia kepada Gaddafi. Setakat ini, dianggarkan tidak kurang 1,000 orang telah dibunuh.

Kapal perang ke Libya

Dalam pada itu, AFP juga melaporkan kapal perang Amerika Syarikat (AS), USS Kearsarge membawa beratus-ratus anggota marin dilaporkan menuju ke Libya semalam. Amerika dan sekutunya Eropah kini sebadang meningkatkan tekanan ke atas Gaddafi.

us navy frigate warship 030709 03 Kapal perang amfibia yang turut diiringi oleh dua lagi kapal tentera laut itu dijangka melalui Terusan Suez tidak lama lagi dari Laut Merah, menurut dua pegawai yang enggan dikenali.

USS Kearsarge yang membawa 800 anggota Marin dan mempunyai armada helikopter serta kemudahan perubatan boleh membatu usaha kemanusiaan selain operasi tentera.

Liga Arab tentang campur tangan

Di Kaherah, agensi berita melaporkan satu draf resolusi bakal diundi oleh negara-negara anggota Liga Arab bagi menentang campur tangan tentera asing di Libya.

NONE Pemimpin-pemimpin Amerika Syarikat, Eropah dan Australia telah mencadangkan zon larangan terbang di Libya dalam usaha memerangi pemimpin negara itu, Muammar Gaddafi yang melancarkan serangan pengeboman, menggunakan tentera khas dan pasukan tentera untuk kekal berkuasa.

Menteri-Menteri Luar dari 22 negara Arab yang menganggotai pertubuhan itu dilaporkan akan mengadakan mesyuarat di Kaherah lewat hari ini.

Tentera tawan semula bandar dekat Tripoli

Sementara itu, AP pula melaporkan tentera Muammar Gaddafi telah menghancurkan pasukan pemberontak untuk menawan semula bandar berhampiran ibu negara Tripoli dan mewujudkan zon penampan di sekeliling pusat kuasanya.

NONE Namun, pertempuran yang semakin ganas mengancam menukar penentangan awam selama 15 hari kepada perang saudara.

Setiausaha Pertahanan Amerika Robert Gates, berkata beliau sudah mengerah dua kapal tentera laut ke Mediterranean, termasuk kapal tempur amfibia USS Kearsarge dan akan menghantar 400 anggota marin bagi menggantikan anggota di atas kapal itu yang baru meninggalkan Afghanistan.

Anak lelaki Gaddafi, Seif al-Islam, memberi amaran kepada tentera Barat supaya tidak bertindak terhadap Libya dan menegaskan negara itu akan mempertahankan diri.