Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Secso dikritik bayar jutaan ringgit gaji CEO asing

Secso Berhad (Secso) - syarikat pembekal tenaga milik kerajaan negeri Sarawak - menjadi sasaran kritikan kerana melantik rakyat asing sebagai ketua pegawai eksekutifnya, dengan menikmati gaji lumayan berjumlah RM4 juta setahun.

"Apa yang dia ada yang profesional tempatan tidak ada?" tanya setiausaha DAP Sarawak, Chong Chieng Jen hari ini.

upm student memo to mp 051207 chong chieng jen Katanya, Secso juga mengambil 20 tenaga kerja asing dengan bayaran jauh lebih tinggi daripada yang dibayar kepada pekerja tempatan, untuk melakukan jenis pekerjaan yang sama.

"Ketua pegawai ekssekutif (CEO) itu adalah dari Norway, manakala yang lainnya, kebanyakannya dari Australia," kata Chong (kiri), yang juga ahli parlimen Bandar Kuching.

Menurutnya, CEO tersebut - yang layak mendapatkan 10 tiket kapal terbang pergi-balik - berkhidmat sejak dua tahun lalu.

"Dengan cara, dia balik ke negaranya hampir setiap bulan. Pada dasarnya, dia bekerja sekitar setengah tahun kerana dia pulang setiap bulan," tambahnya.

"Saya mahu Secso mendedahkan berapa banyak ia bayar gaji semua pekerja asing itu, berbanding dengan gaji yang dibayar kepada jurutera tempatan," kata Chong.

Katanya, adalah tidak adil rakyat Sarawak membayar begitu banyak untuk elektrik, manakala Secso pula membazirkannya dengan berbelanja mewah untuk tenaga kerja rakyat asing.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS